Salam Ramadan Al-Mubarak buat semua dan salam kasih sayang dari Nur.
Hari ini dah masuk hari yang ke empat umat Islam berpuasa....moga segala amalan kita mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla dan sentiasa dalam rahmatnya.
Nur pohon maaf banyak-banyak kerana kesuntukan masa....Nur ringkaskan saja entri hari ini....lagi pun bulan puasa lebih baik kita berdiam dan jaga mulut.....ok pada pengunjung blog Nur selamat menjalankan ibadah puasa moga anda semua diberi kesihatan, kekuatan, keimanan dalam menjalankan tanggung jawab rukun Islam yang ke empat ini....insyaAllah...syukran ya Allah!!
Berbalik pada resipi....permintaan suami yang teringin nak makan pulut kuning...itu mmg kegemaran dia...Nur gandingkan dengan lauk kari daging yg agak pekat dan kering sedikit. Juadah ini ada lah iftar ramadan yang ke dua. Ok selamat menjamu mata tapi jangan tenung-tenung lama-lama...alah jeling2 sikit aja...hehehe.
Berbalik pada resipi....permintaan suami yang teringin nak makan pulut kuning...itu mmg kegemaran dia...Nur gandingkan dengan lauk kari daging yg agak pekat dan kering sedikit. Juadah ini ada lah iftar ramadan yang ke dua. Ok selamat menjamu mata tapi jangan tenung-tenung lama-lama...alah jeling2 sikit aja...hehehe.
PULUT KUNING
Resepi: Chef Hanieliza
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh
Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula (Nur tak letak)
Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
.jpg)




as-salam kak Nur
ReplyDeletesedapnye pulut Pulut Kuning & kari Daging tu..terliur tgk gambar tu lama2...
Assalamualaikum
ReplyDeletewah menu berbuka puasa ke tu?
kat sini expeciaaly di terengganu kalau buat pulut kuningni biasanya majlis doa selamat.
salam kenal nak follow sini tapi tekan kat kotak follower tu takda respon plak
Slmt berpuasa Nur.itulah ingat nak tenung lama-lama pulut kuning Nur ni....dgn gambar pulutpun cantik....tak bolehlah nanti terliur pula...hi.hi.kalau pulut kuning kat rumah semua suka....tambah mkn dg kuah yg pekat...
ReplyDeleteSalam. Selamat berpuasa untuk Kak Nur.. Maaf sebab lama tak singgah..
ReplyDeleteSedanya tengok menu akak ni. Lama benar Nur tak makan pulut kuning.. Nak buat sendiri, tak pandai.. Jamu mata je laa... :)
As salam K.Nur,
ReplyDeletemenu hebat nie....dah rasa mcm nak raya pulak.:)
slmat mlm kak nur..dh lama zila x mkn pulut kuning kak..aaiisshh kecur sungguh tgk pic akk tue..nasib baik dh buka..he hhee cantik2 pic akk suka tgk:)
ReplyDeleteasslm Kak Nur...aduhhh sedapnye...dh lama dh xmkn pulut kuning ni...balik raya nti nk suruh mak buat la...hehehe
ReplyDeletesalam ramadhan nur. Pulut kuning makan dengan rendang.. aduh.. sedap benar tu. Dah lama tak buat.
ReplyDeleteSalam kak nur cayang! salam ramadhan buat akak sekluarga n salam kerinduan dr adik akak yg ilang2 ni jugakkk, misss u so mchh!!!! akak sihat? moga di beri kesihatan yg baik sepanjang bulan ramadhan ni n hari2 yg mendtg jugak insyaAllah! Sedapnyer pulut kuning mkn dgn rendang lagiiii, nanti nak buat jugaklahhhh! tp kena buat dlm kuantiti sikittttt sgt kalau tak nanti asyik nk bertambah, takut bdn naik lagi ehehe...
ReplyDeleteAssalam Nur...apa khabar org S'pore, mcmana puasa kat sana? Waaaah kemaiin berpulut kuning dia...mmg menyelerakan...Ummi pun kalau dpt ni, adeeehh, mau lemau masa terawih...tp tu laa..nak-nak kat rumah ni kalau lawan dgn rendang ayam...mmg licin.. ^___^ Selamat Berpuasa untuk Nur sekeluarga yea...
ReplyDeleteAssalam knur,
ReplyDeletewaduh ada pulut kuning kat sini..cantik pulak knur shapekan macam cone tu..
macam nasi orang indonesia suka buat pattern gini..nampak sedap lah kak makan dgn rendang tu..
kita ni belum pernah masak pulut kuning lagi so far lah..kalau dulu2 my mum yang masak itu pun sebab
kita naik quran..anak kita naik quran pun mama tak buat..heheh ..
uih ada hotpot potatoes kat atas tu ya..hehe
Assalamualaikum Nur Cayang :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan;
Mmg sedap pulut kuning ni kalau dimakan dengan kari...hantarlah sini sikit..
Assalam kak Nur, sedapnya tgk pulut kuning dgn kari daging tu...cantik jer dok berposing.sabar jer la saya tgk time puasa ni.dah ler lambat lagi nak berbuka ni...hehe
ReplyDelete