Friday, July 29, 2011

Kari Laksa


Salam sejahtera buat pengunjung blog ini.....dengan secepat kilat Nur mengemas kini blog ini sebab sebentar lagi banyak urusan yang harus diselesaikan. Sebelum itu Nur ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan pada semua umat Islam selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, dengan ini kita menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan atau tutur kata yang menguris perasaan semasa memberi komen di blog anda semua.....maalum lah kita ini manusia yang tiada sempurna nya.

Nur juga ingin memohon maaf pada pengunjung blog ini kerana sedikit masa lalu Nur terasa sakit hati bila ada yang datang kesini berkali-kali copy my blog header dan juga my signature dibawah itu....bukan sekali dicopy, berkali-kali, hati siapa yang tak marah bila hasil kerja sendiri diciplak....nak menegur Nur jauh sekali tapi datang suka-suka hati ciplak yang mana berkenan....walaubagaimana pun saya pohon maaf pada anda yang berkenaan.....saya ingin membersihkan hati saya sebelum tiba bulan ramadhan. Saya halalkan apa yang telah anda ciplak.

Okay berbalik pada resepi, semalam Nur cuba resepi laksa yang menggunakan mee kuning dan juga ayam ....hubby Nur kata okay, mungkin kena pada tekak nya......hehe....terima kasih pada pemilik resepi asal ini.....kak Nur minta izin dipanjangkan resepinya disini.

Kari Laksa

KARI LAKSA
Resepi: Resepisedap-nennie
Sumber: Nuridah Salleh

BAHAN-BAHAN :
1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
1 liter santan - Nur gunakan 200ml santan kotak
1 cawan air - 700ml air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
5 biji telur - direbus
200 grm taugeh
Sedikit kacang panjang - Nur tak letak
Garam secukup rasa

Kari-Laksa

BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan

Kari_Laksa

CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .

* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Boleh juga dimasukkan sekali kerang di dalam kuah bagi sesiapa saja yang suka makan kerang la...

****************Photobucket****************

Tuesday, July 26, 2011

Hainanese Chicken Rice

Selamat malam semua, haaaa seronok hari ini Nur dapat makan nasi....apa tidak nya, semenjak kebelakangan ini Nur dah jarang masak nasi...kadang-kadang almaalum lah kita ini kalau tengok lauk pauk mesti bergelora nafsu nak makan nasi itu datang....hehe....bukan apa kita malas nak masak nasi dengan lauk pauk sebab orang kat rumah ini berbagai ragam....ada yang tak boleh makan nasi banyak, ada yang cerewet, ada yang tak makan ikan.....ishhh pendek kata pening kepala kita. Nanti bulan puasa lagi pening lalat.

Untuk kita tetap kita cari nasi tapi beli aja dari kedai....kadang tengok lauk pauk di kedai tak tau dah beberapa hari punya.....tengok kan boleh tau...lauk fresh ke tidak?? Hari Ahad lepas balik dari menziarah kubur arwah emak kita....apa lagi singgah di Fiq & Olive kita pun order nasi aje....tengok hubby dan anak-anak makan daging....kita tak boleh jalan aaah macam gitu....mesti nak tekan nasi....baru ada kick!! Hehe.

Ok lah kita tinggalkan cerita nek selampit, berbalik pada menu nasi ayam hainan ini. Yang sebenarnya Nur suka makan nasi ayam dan juga suka masak nasi ayam....biasanya Nur suka resepi nasi ayam cara orang Tionghua masak.....dan resepi ini lebih kurang sama cara Nur masak nasi ayam....cuma sosnya ada lain sedikit. 

HCR
Hainanese Chicken Rice
Adaptasi dari: RasaMalaysia
Sumber: Nuridah Salleh

Untuk beras

3 cawan beras dicuci bersih
1 sudu besar minyak sayuran
4 ulas bawang putih dicincang halus
4 ulas bawang merah dicincang halus
2 + 1 / 2 cawan + 2 sudu besar sup ayam
4-6 helai daun pandan
1 ibu jari halia, dibersihkan dan dititik
1 sudu besar minyak bawang putih dan bawang merah
70gm lemak ayam - Nur tak buat
1 1 / 2 sudu teh garam atau secukup rasa

Hainanese Chicken Rice

Untuk ayam

1 ekor ayam - sebaiknya yang khusus untuk membuat nasi ayam (Nur gunakan ayam biasa saja)
1 ibu jari halia, dibersihkan dan dititik
5-6 batang-daun bawang, dicuci bersih
10 mangkuk stok ayam, adjust sukatan nya
4 helai daun pandan
1 batang lobak merah, dipotong kasar dalam 2 inci
2 + 1 sudu kecil garam

10 mangkuk air sejuk

1 biji timun, dikupas, belah dan dihiris menyerong

Untuk Sos Kicap
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sup ayam
3 sudu kecil minyak bijan
3 sudu kecil minyak bawang putih dan bawang merah

Hainanese Chicken-Rice

Untuk Membuat Sos Cili 
*90gm cili merah (boleh tambah cili padi jika suka)
*15gm bawang putih
*50g halia - semua bahan bertanda dikisar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
50ml sup ayam
60ml jus limau, secukup rasa

Untuk menghias
sedikit daun ketumbar

Cara-Cara

Untuk Ayam

1. Ayam dicuci bersih dan toskan, masukkan daun bawang (Leek) dan halia ke dalam rongga ayam.
Dengan menggunakan 2 sudu kecil garam sebagai scrub, gosok garam keseluruh badan
ayam untuk membuat kulit ayam licin. (Biasa Nur rendamkan ayam bersama air garam dan cuci bersih, itupun boleh membuat kulit ayam jadi bersih).

2. Dalam periuk yang sedang cukup muat untuk menutupi ayam, masukkan air bersama dengan daun pandan, lobak merah dan garam.

3. Bila air stok ayam telah mendidih, masukkan ayam, yang bahgian dada disebelah bawah. Renehkan selama 35-45 minit bergantung pada saiz ayam.Masak dengan api yang kecil dan perlahan.

4. Apabila ayam masak, keluarkan ayam dan masukkan ke dalam air sejuk yang telah disediakan terlebih dahulu selama 10 minit. Lebihan stok ayam boleh dibuat sup.

5. Toskan ayam, buang segala yang di dalam rongga ayam tadi. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong. Potong ayam mengikut saiz yang diingini.

HainaneseChickenRice

Cara Untuk Memasak Nasi

1. Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang hingga wangi dan bertukar warna. Masukkan beras dan kacau rata. Alihkan beras ke dalam rice cooker.

2. Masukkan stok ayam, daun pandan, halia, minyak bawang putih dan bawang merah, lemak ayam dan garam ke dalam campuran beras. Masak seperti biasa.

Untuk menyediakan nasi ayam

1 Siapkan pinggan dan aturkan hirisan timun.

2. Susun kepingan ayam yang telah dipotong, taburkan dengan daun ketumbar dan tuangkan sos di atasnya.

3. Hidangkan nasi ayam bersama sup dan sos cili ayam.

Monday, July 25, 2011

Parmesan Prawns


Assalamualaikum dan selamat malam, dah pukul 9.20 malam, pasti malam masih muda kan?? Pasti masih ada yang berjaga dan berehat sambil menonton tv....membaca atau apa-apa saja tugas yang perlu dilakukan disaat ini. Buat Nur disini biasa saja, sebelum masuk tidur ingin mengemas kini blog ini.

Minggu lepas semasa Nur jalan-jalan cari resepi.....tup tup terjumpa pulak resepi udang parmesan ini.....jadi siang tadi semasa kita beli ayam di Cold Storage, kita pun beli sekali udang....nampak segar gitu....gini lah kalau tidak ke pasar kita cari aje apa-apa yang perlu di Cold Storage....lagi pun memang kita suka ke CS tak perlu berpusu-pusu dan was-was dengan persekitaran nya. Rasanya Sheng Siong Supermarket pun dah mahal sekarang, jadi sikit lebih kurang halal lah kalau berbelanja di Cold Storage....itu pendapat Nur lah.

ParmesanPrawns

Parmesan Prawns
Adaptasi dari: en.kokotaru.com 
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan-bahan 
 10-12 udang sederhana - Nur lebihkan
 1 sudu kecil garam
 3 / 4 tbs Worcestershire sos
 3 / 4 tbs jus lemon
 3 / 4 serbuk roti cawan
 1 / 2 cawan parutan keju Parmesan
 Minyak untuk menggoreng

Parmesan_Prawns

Bahan Untuk Batter 
1 tbs tepung gandum
1 / 2 tbs tepung jagung
1 biji telur
- Kesemua bahan diatas dijadikan satu

PR

Cara-Cara 
1. Kupas kulit udang, bersihkan dan tinggalkan ekornya. Kelar bahagian bawah udang
dan leperkan isi nya.
2.  Taburkan udang dengan garam, sos Worcestershire dan jus lemon. Diketepikan.
3. Campurkan serbuk roti dan parutan Parmesan dalam pinggan cetek.
4. Panaskan minyak sehingga sangat panas dalam periuk kecil atau kuali dengan api sederhana rendah.
5. Celupkan udang dalam bahan batter dan kemudian golekkan dalam campuran breadcrumbs
dan keju Parmesan.
6. Goreng udang kira-kira dalam 1-2 minit sehingga udang berwarna kuning keemasan.
Boleh dihidangkan bersama cili sos, mayonis atau dimakan begitu saja.

****************Photobucket****************

Friday, July 22, 2011

Ayam Panggang Maghribi

Selamat pagi semua.......terharu dan gembira rasanya hari ini....apabila ada kawan blogger datang bertanya sarapan apa hari ini??? Siapakah gerangan??? Hmmm Ita Masam Manis yang vogue tu....hehehe....rasa dihati seperti nak makan nasi rawon tapi tak tahu lah sama ada cukup masa ataupun tidak....kalau dah masuk Raffles Clinic pasti 1 jam melanguk kat sana....bosan tau...tapi apakan daya....nak menyambung nyawa...manusia hanya berusha tapi ketentuan ditangan Allah.....apa-apa pun syukur lah sehingga ke hari ini masih dipanjangkan usia dan moga dapat bertemu sekali lagi ramadhan yang bakal tiba tak beberapa hari lagi....

Okay lah tak boleh berbual panjang....straight forward to recipe ya....hehe...resepi ini sama juga datang nya dari Chef Wan....Nur dah pernah masukkan resepi ini tapi waktu itu Nur hanya gunakan kepak ayam dan bila menggunakan ayam yang seekor, rasanya lebih sedap dan rempah ratusnya terasa sekali. Memang sedap lah resepi ayam panggang mahgribi ini....berbaloi mencubanya....mama miaaa....slurpppp terus hilang masuk dalam perut.....hehehe!! Okay lah Nur berhenti disini....nak siap-siap...Happy weekend to all of you.

Ayam Panggang Mahgribi

Sila jamu mata ya.....jangan terliur tau!!

APM


Ayam Panggang Maghribi
Sumber: Nuridah Salleh



Bahan-Bahan
1 ekor (2 kg) ayam, dibersihkan dan dipotong dua
garam, daun salad disiat kasar-kasar
timun, tomato dihiris-hiris
ubi kentang direbus, dikupas dan dihiris-hiris
lemon dipotong baji
daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus)

3 tangkai cili merah
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar paprika
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
air perahan daripada 1/2 biji lemon

DAPM

Cara-Cara

1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.

2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.

3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 45 minit, dengan membalikkannya setiap 20 minit.

4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

****************Photobucket****************

Stylish Award


Assalamualaikum dan bertemu dipagi hari Jumaat yang mulia ini....sebelum Nur ke Klinik, Nur ambil kesempatan untuk menghiaskan blog ini dengan award yang telah diberikan pada Nur. Sebelum itu ada award juga dan tag yang belum terjawab.....nanti akan Nur ushakan untuk menjawab tag itu. Minta maaf banyak-banyak ya kerana lambat nak menjawab tag. Bab nak mengarang ini Nur ada slow sikit dah!!! Hehehe..........

Ok award ini datangnya dari Tun Telani dan juga Wattie homemadecakes. Terima kasih kepada kedua teman-teman ini yang mengingati kita yang jauh ni.....love both of you!! Hmmm award ini bertemakan Stylish.....aahh apa dia yang stylish?? Hehehe.....

****************Photobucket****************

Wednesday, July 20, 2011

Tuna Blackpepper Pizza

Assalamualaikum semua, harap semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat pada hari ini dan seterusnya. Dalam masa seminggu lebih lagi seluruh umat Islam dimuka bumi Allah ini akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan....teringat Nur pada seorang teman, bila tiba bulan Ramadhan pasti Nur akan merasa gembira sekali sehingga dia bertanya "Nur kenapa kau happy?" Tentu lah gembira kan dapat menyambut ramadhan....naluri kegembiraan itu datang dengan sendirinya...dan rasanya memang ada kenangan manis lah yang Nur terkenang bila tiba bulan ramadhan.

Hmmm tinggalkan cerita kenangan itu, berbalik pada menu pizza ya!! Dah lama Nur tak buat pizza dan kali terakhir Nur buat pizza waktu di zaman fotopage...hmmmm dah beberapa tahun yang lalu itu dan juga kali terakhir makan pizza di Pizzahut tahun lalu kalau tak salah. Yang sebenarnya Nur tak lah suka sangat dengan pizza ini...sesekali okay lah apabila tiada pilihan.

Untuk doh dan bahan sos Nur berpandukan pada resepi Chef Wan dan topping nya rekaan sendiri dan kena lah dengan citarasa kami sekeluarga.


Tuna Blackpepper Pizza
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan Untuk Doh
30gm yis kering
1 sudu teh gula pasir
250ml air suam
450gm tepung roti
1/4 sudu teh garam
4 sudu teh minyak zaitun


Cara-Cara
1. Larutkan yis dan gula dengan air suam dan ketepikan selama 10 minit.
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk. Tambah bancuhan yis dan minyak
zaitun. Uli selama 10 minit.
3. Biarkan doh naik sekali ganda, kira-kira 1 jam di tempat yang agak panas.
Tumbuk doh, uli selama 5 minit dan biarkan naik lagi selama 30 minit.
4. Canai doh dan bubuh di atas dulang pizza. Sapu Sos Tomato dan bahan hias atas.
5. Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan pada 180 darjah celcius selama 20-25 minit
sehingga keju berbuij dan dasar pizza masak.


Untuk Bahan Sos Tomato
60ml minyak zaitun
1 biji bawang besar didadu
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh herba oregano
1 tin dalam anggaran 411gm tomato plam Itali dihancurkan
1 sudu besar tomato puri
garam secukup rasa
1ada hitam yang baru dikisar
1 sudu teh gula
1 sudu besar hirisan daun pasli

Cara-Cara
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih hingga layu. Masukkan herba
thyme dan juga oregano.
2. Masukkan tomato, tomato puri dan perasakan dengan garam, lada hitam dan gula. Tambah daun
pasli dan renihkan sehingga pekat. Sejukkan.

Hias Atas - Topping
1 tin tuna in water, ambil isi tuna saja dan dihancurkan - Ayam Brand
secukup mushroom dalam tin dihiri nipis
lada capsicum dipotong kecil
1 biji bawang besar didadu
2 biji bawang putih dicincang halus
secukup keju mozarella
1 sudu sos blackpepper
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-Cara
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan mushroom dan lada capsicum, dikacau sebentar.
3. Masukkan tuna dan akhir sekali sos blackpepper dan kacau rata.Perasakan dengan
sedikit garam.

****************Photobucket****************

Saturday, July 16, 2011

Pocket Bread Sandwich

Pocket-Bread-Sandwich
Salam hari Sabtu yang ceria ini.....apa khabar semua...lebih-lebih lagi pada pengunjung blog ini....harap sihat selalu.Hari ini Nur ingin berkongsi resepi yang simple tapi sedap dari dapur Sitidelima yang sentiasa anggun. Dah lama Nur jeling-jeling resepi ini....hari ini baru terlaksana impian nak membuat roti poket ini.
Anak-anak pun suka dan kami bersarapan roti ini saja pagi tadi.....tidak terlalu berat...nak buat kerja rumah pun senang sedikit sebab tidak terlalu kenyang!!

Okay semak resepi dan terima kasih banyak-banyak pada CT yang berkongsi resepi ini....Nur pun memang gemar sandwich sardin...jadi menepati citrasa sendiri. Minta izin diperpanjangkan resepinya disini dan halal ya CT??
PBS

Pocket Bread Sandwich
Resepi: Che CT
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-bahan :
Roti gardenia
Sardin tin kecil - ambil isi ikannya saja
5 biji cili padi - dihiris halus (kepedasan ikut kesesuaian masing2)
3 biji bawang merah - dipotong dadu
2 biji limau kasturi - ambil jus nya
2 biji telur *
1 sudu besar susu segar * (* Dikacau rata dan letak secubit garam)
Garam
Bread crumb - secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Timun - hiris nipis - (Nur tak letak)

Pocket Bread Sandwich
Cara-cara :
1. Roti di gelek hingga leper, dan terap dengan acuan bulat atau apa saje yang bulat. CT guna penutup mug stainless steel, contohnya boleh tengok kat sini.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan cili padi yang dihiris. kacau rata sampai naik bau dan kekuningan sedikit.
3. Masukkan sardin dan kacau2 hingga sardin sedikit hancur. Masukkan jus limau kasturi dan letak sedikit garam. Gaul lagi sampai agak2 kering sedikit. Perasakan dan tutup api. Sejukkan.
4. Asingkan sedikit bancuhan telur yg dipukul tadi untuk disapu pada tepi roti. Letak inti sardin ditengah2 roti dan letak hirisan timun diatasnya. Sapu tepi roti dengan bancuhan telur tersebut dan lapiskan dengan sekeping roti lagi. Tekan sedikit tepi roti tersebut agar melekat. Buat hingga habis.
5. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Minyak jangan terlalu panas supaya bread crumb tidak nampak terlalu hangus nanti. Celup roti dalam telur dan celup pula dalam bread crumb dan goreng. Bila sudah kuning kememasan balikkan dan buat begitu seterusnya. Angkat dan toskan atas paper tower.
6. Sebelum dihidang, roti dibelah dua (jika tidak, taklah namanya Pocket Bread kan). Hidangkan bersama sos cili atau mayonis. Selamat mencuba :D

****************Photobucket****************

Tuesday, July 12, 2011

Nasi Pilaf Pudina & Lemon, Ayam Mandhi

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya, haaa dapat pulak kali ini kita update blog sambil menunggu washing machine kita stop. Hari ini Nur masak Nasi Pilaf dan Ayam Bakar Nasi Mandhi. Resepi ini dah lama pernah kita tengok semasa zaman berfotopage dulu.....memang dah ramai yang mencubanya.....tapi kita pun tak ingat siapa...kalau tak salah Kak Zai pun ada mencuba resepi ini.

Tapi satu ini, Nur minta maaf lah ya....tak tau macam mana kita boleh tersalah pandang hanya melabelkan nama ayam bakar ini kepada Ayam Mandhi....dah tu kita nak perbetulkan balik rasanya malas pulak.....jangan marah ya mamasya?? Peace no war.....hehehe. Kita gabungkan nasi pilaf dengan ayam bakar ini.....rasanya pun sedap juga.....kita suka....Okay lah kita semak resepi....kita nak menyambung jemur baju pula. Selamat malam semua dan mimpi yang indah-indah.


Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah
Sumber: Ziela a.k.a mamasya
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Sos/Sambal: - Nur tak buat.... 
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Yang ini pula Nasi Pilaf Pudina & Lemon....rasanya yang memang sedap...resepi seperti biasa dari Chef Wan...semenjak dua menjak ini....macam terpanggil untuk mencuba resepi-resepinya. Biasa resepi Chef Wan ini tidak mengecewakan....alhamdulilah menepati citarasa keluarga. Kali ini panjang sedikit entri kita!!


Yang ini adalah Acar Nenas yang simple dan senang untuk membuatnya.....nenas di potong dadu, campurkan dengan cili serbuk, bawang hiris, sedikit gula, garam dan sedikit perahan air lemon....dah mencukupi untuk dijadikan appertizer.

Nasi Pilaf Pudina Dan Lemon
Resepi: Chef Wan
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan

140gm mentega
1 biji bawang besar, dicincang halus
85gm atau 1/2 cawan badam
2 helai daun bay segar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun pasli dihiris-hiris
450gm beras basmathi dicuci dan dituskan
parutan kulit 2 biji lemon
560ml air rebusan ayam atau 1 kiub pati ayam dibancuh
dengan 560ml air - Nur gunakan air rebusan ayam dan sukatan air Nur agak sendiri 
2 sudu besar pati ayam serbuk
4 sudu besar kismis kuning
1 sudu teh garam
30gm hirisan daun pudina
1 sudu besar air lemon

CaraCara-
1. Panaskan mentega di dalam periuk dan tumis bawang besar, badam, daun bay,
serai dan daun pasli sehingga bertukar warna.

2. Campur beras, kulit lemon dan tumis selama beberapa minit. Masukkan air rebusan
ayam, pati ayam, kismis dan garam. Tambah daun pudina dan air lemon.

3. Tutup periuk dan alih ke dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celcius
selama 20 minit. (Cara memasak ini menjadikan nasi ringan dan gebu) - Nur masak seperti
biasa dengan memasak nasi di dalam rice cooker.



Catatan Dari Chef Wan:- Nasi ini boleh ditanak di atas dapur dengan api yang kecil.

Spaghetti Bolognese




Selamat pagi Selasa semuanya, rasanya sekarang macam agak sukar Nur nak duduk mengadap PC sebab banyak tugas seharian yang harus diselesaikan. Satu entri nak masukkan pun macam susah....terpaksa kadang kita masukkan gambar dulu, simpan dalam draft dan kemudian bila free baru type resepi...kerja paling senang bila resepi yang hanya copy and paste....hehe.

Kadang nak reply balik comment kawan-kawan pun agak sukar juga....yang mana bila sempat baru lah Nur jawab....harap jangan berkecil hati ya!!!

Okay berbalik pada resepi hari ini.....sphagetti ya!!! Sebenarnya kan Nur tak berapa minat makan sphagetti ini memandangkan kita nak senang kerja so terjadi lah kejadian sphagetti ini....resepi seperti biasa kita berpandukan pada resepi Chef Wan. Hari ini pun kita nak cuba lagi satu dari resepi Chef Wan....dari bukumasak tu terperuk di dalam almari lebih baik kita gunakan.

Oh ya sebelum Nur lupa ada tag dari kawan-kawan ya?? Nanti Nur update, berikan kita sedikit masa ya....dalam pada itu terfikir juga apa yang nak kita ceritakan nanti....kalau nak cerita kisah masa silam eh memang kita seronok dan kalau nak tau tentang diri kita....lagi kita seronok tapi takut nanti timbul riak dan juga ada yang menyampah baca cerita kita pulak.....heheh....nanti kak Nur fikirkan lah ya.

Spaghetti Bolognese
Bahan-Bahan

60ml minyak zaitun
1 biji bawang besar dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
300gm daging lembu cincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 batang lobak merah diparut
1/2 batang saderi diparut
1 sudu besar hirisan herba oregano segar*- Nur gunakan herba yang kering
1 sudu teh hirisan herba thyme segar*
2 helai daun bay segar*
2 sudu besar hirisan daun pasli
1 tin tomato plam Itali dihancurkan
250ml cawan air
1 kiub pati daging lembu
garam
lada hitam yang baru dikisar
gula
500gm spaghetti, direbus mengikut arahan di bungkusannya dan dituskan
keju parmesan parut

Cara-Cara
1. Panskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan daging dan tomato puri dan balik-balikkan selama 5 minit. Campur lobak merah, daun saderi, herba herba oregan dan thyme, daun bay dan daun pasli dan goreng selama 10 minit lagi.

2. Tambah tomato,air, kiub daging lembu dan renihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam, lada hitam dan gula.

3. Tuang kuah ke atas sphagetti dan tabur dengan keju Parmesan.


****************Photobucket****************

Saturday, July 9, 2011

Kefta Daging Mahgribi


Assalamualaikum semua, bertemu sekali lagi pada hari Sabtu yang menceriakan ini.....baru ini lah dapat mengadap PC...itu pun sebentar saja....banyak urusan yang harus diselesaikan dulu. Semalam ingatkan nak masukkan entri ini tapi mata dah kelat dah terdaya...brain message dah suruh cari bantal dah!!!

Apabila rehat sebentar dari berblogging....tutp tup lihat dashboard dah berwajah baru.....satu pembaharuan ini tapi warna background yang putih mulus ini buat sakit mata juga dan dah banyak yang complained bila Nur baca di forum blogger......hahaha....okay tinggalkan cerita ini berbalik pada resepi ya.

Apabila kepala dah pening terfikir nak masak apa, baru lah tercari-cari bukumasak yang dah lama tak tersentuh....cari-cari resepi ini yang berkenan dihati dan senang pula untuk disajikan....lebih-lebih lagi my family memang suka pada mediterranean foods. Memang resepi ini menepati citarasa mereka...tengok anak-anak makan pun laju aje tak cukup pun ada. Untuk Nur kalau menggunakan daging lamb pasti lebih terangkat ini, maybe nextime boleh cuba gunakan daging cincang lamb.Menu ini boleh digandingkan dengan nasi pilaf ataupun roti pita. Kerana kesuntukkan masa Nur gandingkan dengan roti pita saja walaupun hati ku berkata inginkan Nasi Pilaf....huhuhu!!! Resepi ini tak lain tak bukan dari Chef Wan yang popular seantaro dunia....ini yang dikatakan Chef yang ada kelasss...betul tak??? Oh ya lupa nak beritau kalau gunakan daging cincang yang agak halus sedikit pasti akan dapat texture yang cantik seperti yang telah Chef Wan masak. Biasa di Supermarket seperti Cold Storage daging cincang nya agak halus sedikit. Okay lah kita fullstop ya!!

Kefta Daging Maghribi
Resepi: Chef Wan
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
700gm daging lembu cincang
2 biji bawang besar dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 tangkai cili hijau, dibuang biji dan dicincang
3/4 sudu besar cili serbuk - Nur lebihkan lagi sedikit
2 sudu teh jintan putih
1 cm halia dicincang halus
6 tangkai daun pasli dihiris-hiris
2 sudu besar hirisan daun ketumbar
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar
1 biji lemon dipotong baji atau bulat


Cara-Cara

1. Gaul rata semua bahan kecuali lemon di dalam mangkuk besar.
2. Kepal-kepalkan daging pada pencucuk besi dan panggang di atas api sederhana
Pusing-pusingkan sekali sekala sehingga daging masak rata. Ataupun goreng di dalam kuali leper dengan sedikit minyak zaitun sehingga kefa masak.
3. Hidang panas-panas dengan lemon bersama nasi pilaf atau roti pita dan daun salad.


Green Chutney
Resepi: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan

2 pokok daun pudina
1 pokok daun ketumbar
sedikit halia
1 sudu teh jintan putih
4 batang cili hijau
1 cawan plain yogurt
3 ulas bawang putih
Buah Pomegranate yang kering - Boleh dibeli di kedai India (optional)

Green Chutney

Cara-Cara
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali yogurt.Masukkan sedikit air dan blend
halus, masukkan sedikit garam dan akhir sekali masukkan yogurt dikacau rata. Simpan
dalam peti ais sebentar dan boleh lah dihidangkan.

****************Photobucket****************

Wednesday, July 6, 2011

Kuih Lapis Merah Putih


Salam tengah hari  dan semoga ceria hari ini.....diam tak diam dah seminggu Nur tak update blog ya?? Terima kasih pada yang sudi singgah ke blog Nur walaupun dah beberapa hari tak mengemas kini blog ini.Masa tidak mengizinkan untuk duduk depan PC......jadual agak padat ketika ini....hehe macam lah aku ini pelakun fofular gitu....hahaha....sesekali perasan tak apa kan???

Yang sebenarnya mood swing is down....biasa lah orang perempuan nie kan...semalam siang-siang buta Nur dah masuk tidur....lepas Isyak aje kita pun terus cari bantal...siap pesan dengan anak yang tua cepat masuk solat....jangan lengah...yang bongsu Nur pesan lekas buat homework!!! Anak buat homework, mak nya masuk tidurrr.....hehe.

Okay lah kita tinggalkan cerita yang memulakan topik hari ini....berbalik pada resepi dibawah ini, Nur refer pada resepi Puan Azimah Mansor....rasanya dah 3 resepi dari nya  yang Nur telah cuba....among the 3 recipe, Talam Serimuka yang menjadi pilihan Nur. Biasanya resepi dari Puan Azimah ini bila menjadi kuihnya agak terletak dan tak lembik....terpulang pada individu dan citarasa masing-masing. Seperti resepi dibawah ini kuihnya agak terletak gitu. Nur buat setengah dari resepi asal...itupun dah muai!!


Kuih Lapis Merah Putih
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
250gm tepung gandum
250gm tepung beras
125gm tepung ubi
500gm gula pasir
2 liter santan (dari 2 biji kelapa parut,
500gm santan + 1500ml air)
Pewarna merah
Perasa ros
2 helai daun pandan

Cara-Cara
1. Masak 500ml santan bersama gula dan daun pandan hingga sekali mendidih sahaja.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan buangkan daun pandan.
3. Blender bahan-bahan lain bersama baki santan dan tuang ke dalam mangkuk tadi,
di kacau rata.
4. Bahagi 2, lebih kurang 1250ml tiap bahagian dan masukkan pewarna merah 1
bahagian dan 1 bahagian lagi (putih) perasa ros.
5. Kukus 4 lapis putih dan 4 lapis merah, tiap lapis lebih kurang 300ml. Setiap lapis kukus 5-7 minit


Kuih Lapis yang rasanya seperti kenyal-kenyal gitu....kalau Nur lebih suka yang lembik sedikit....nextime boleh cuba resepi yang lain pula.


****************Photobucket****************