Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, bertemu sekali lagi di hari Jumaat yang mulia ini, hari ini Nur agak sibuk sedikit....tunggu hubby Nur pulang dari Solat Jumaat dan kami tiga beranak akan pergi ke Home Team Academy....hari yang ditunggu dah pun tiba....hahaha anak Nur dah pesan jangan keluar lambat....haha. Okay kita kasi quick update.
Nasi lemak hujan panas....wow bunyi aje dah glamour gitu.....hehe...rasanya sama juga seperti nasi lemak biasa. Ok resipi Nur ambil siaran langsung dari Myresipi.
Nasi Lemak Hujan Panas - Rinsca@Myresipi
Bahan-Bahan
* 2 mug air (ikut jenis beras)
* 1 biji bawang putih (di mayang halus)
* 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
* 1/2 sudu kecil halba
* 1 sudu kecil garam
* Sehelai daun pandan
* Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
Nasi Lemak Hujan Panas



















