Tuesday, July 12, 2011

Nasi Pilaf Pudina & Lemon, Ayam Mandhi

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya, haaa dapat pulak kali ini kita update blog sambil menunggu washing machine kita stop. Hari ini Nur masak Nasi Pilaf dan Ayam Bakar Nasi Mandhi. Resepi ini dah lama pernah kita tengok semasa zaman berfotopage dulu.....memang dah ramai yang mencubanya.....tapi kita pun tak ingat siapa...kalau tak salah Kak Zai pun ada mencuba resepi ini.

Tapi satu ini, Nur minta maaf lah ya....tak tau macam mana kita boleh tersalah pandang hanya melabelkan nama ayam bakar ini kepada Ayam Mandhi....dah tu kita nak perbetulkan balik rasanya malas pulak.....jangan marah ya mamasya?? Peace no war.....hehehe. Kita gabungkan nasi pilaf dengan ayam bakar ini.....rasanya pun sedap juga.....kita suka....Okay lah kita semak resepi....kita nak menyambung jemur baju pula. Selamat malam semua dan mimpi yang indah-indah.


Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah
Sumber: Ziela a.k.a mamasya
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Sos/Sambal: - Nur tak buat.... 
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Yang ini pula Nasi Pilaf Pudina & Lemon....rasanya yang memang sedap...resepi seperti biasa dari Chef Wan...semenjak dua menjak ini....macam terpanggil untuk mencuba resepi-resepinya. Biasa resepi Chef Wan ini tidak mengecewakan....alhamdulilah menepati citarasa keluarga. Kali ini panjang sedikit entri kita!!


Yang ini adalah Acar Nenas yang simple dan senang untuk membuatnya.....nenas di potong dadu, campurkan dengan cili serbuk, bawang hiris, sedikit gula, garam dan sedikit perahan air lemon....dah mencukupi untuk dijadikan appertizer.

Nasi Pilaf Pudina Dan Lemon
Resepi: Chef Wan
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan

140gm mentega
1 biji bawang besar, dicincang halus
85gm atau 1/2 cawan badam
2 helai daun bay segar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun pasli dihiris-hiris
450gm beras basmathi dicuci dan dituskan
parutan kulit 2 biji lemon
560ml air rebusan ayam atau 1 kiub pati ayam dibancuh
dengan 560ml air - Nur gunakan air rebusan ayam dan sukatan air Nur agak sendiri 
2 sudu besar pati ayam serbuk
4 sudu besar kismis kuning
1 sudu teh garam
30gm hirisan daun pudina
1 sudu besar air lemon

CaraCara-
1. Panaskan mentega di dalam periuk dan tumis bawang besar, badam, daun bay,
serai dan daun pasli sehingga bertukar warna.

2. Campur beras, kulit lemon dan tumis selama beberapa minit. Masukkan air rebusan
ayam, pati ayam, kismis dan garam. Tambah daun pudina dan air lemon.

3. Tutup periuk dan alih ke dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celcius
selama 20 minit. (Cara memasak ini menjadikan nasi ringan dan gebu) - Nur masak seperti
biasa dengan memasak nasi di dalam rice cooker.



Catatan Dari Chef Wan:- Nasi ini boleh ditanak di atas dapur dengan api yang kecil.

20 comments:

  1. Tak dapat jamu perut jamu mata pun jadi le.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nur,
    Wahhh...hari ni dapat masuk ke rumah Nur dengan senangnya, alhamdulillah. Sedapnya nampak gandingan ayam bakar mandhi dan nasi pilaf lemon tu, nampak serasi sangat, gambar pun cun kemain lagi. Minta izin salin resepinya ya, mesti nak cuba nanti, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak..
    Ya Allah... tgk set menu kat atas tu... mmg mengoda betul ler akak... sedaaaapnyaaa... cantik n menarik plak tu.. suka diana tgk..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nur.. huh TERBAAAEEEKKKK lah kak.. bukan sajer deco yer nampakpun buat perut Adeq keroncong yer he he he.. dapat join lena tido ni he he he

    ReplyDelete
  5. wah kak.....kelas masakan akak....makin mantap food presentationnye....lieya suke laa tgk...cantik n comey2...bertambah nampak menyelerakan bile akak hias2 bagai tu......

    kak, esok dah start puase, mmg cabaran laaaa bukak blog akak....kene tadah baldi laa jawabnye...air liur meleleh wakkaakakak

    ReplyDelete
  6. @Kak Sam

    Sedih aje bunyi nyer...meh sini Sam kita makan sama2...haha

    ReplyDelete
  7. @Wattie

    Oh ya ke?? Biasa ada probelm ke Wattie?? Boleh lah Wattie,resepi kan mmg utk dikongsi bersama

    ReplyDelete
  8. @Diana @ Melley Mey

    W'alaikuslm Diana,

    Akak pun suker tengok masakkan dan gambar2 yg ada diblog Dian...ngetop gitu!!

    ReplyDelete
  9. @HALAMANKU

    W'alaikumslm Erma,

    eh2 nie hilang timbul aje....heheh...sampai gitu sekali boleh lena tidur...haha...kelakar lah erma nie.

    ReplyDelete
  10. As'salam Nur

    Dah merata2 teman2 yang buat resipi ni, cuma bila nak sampai Dapur CT tak pasti lah. Lihat pun sungguh menyelerakan. kalau dapat merasa lagilah sedap kan :D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikumwbh Kak Nur......mmm dinda dtg ngan dapur2 sekali ni, nak wat balik pilaf rice, acar lebih and 2 ketol ayam.....errr.....dah abis...hu3!!! Takpe3..nanti dtg lagi......

    Pssssssst: cantik gambar kak nur snap.....mmm dah terror daaaaa..:)

    ReplyDelete
  12. bila lah nak sampai seru buat nasi mandhi.teringin gak nak buat.:)

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Nur..

    Cantik set ayam dgn nasi Nur tu posing...buat terliurlah.aaa...ayam tu masa Fp dulu dah ada...dah ke blog pula skrg. Masa besday Syakirah hari tu buat juga sbb dah jumpa rempah kabsa. Nasi pilaf pudina Nur tupun nanti nak cuba sbb kat sini byk org jual daun pudina... org Arab suka minum tea letak daun pudina. Silap nama sikit je tak pa..tak marah...kalau marah kan nanti cepat tua..hi..hi..
    re;Nur, lauk udang tu sama dgn FP dulu....skrg ni mana2 resepi yg berkenan di Fp cuba ulang semula di blog...takut Fp tu kena tutup satu hari nanti...sayang pulak. balkoni rumah tu agak luas sikit berbanding rumah lain yg tengok sebelum ni tp tulah kat Mesir ni cepat je berdebu kejap je penuh habuk.untung Nur pandai jahit langsir sendiri...jimat.kalau upah mahal sungguh.sy bab menjahit mmg zero.

    ReplyDelete
  14. Masuk dapur kak nur ni mmg buat lapar perut je. hehe.. x penah buat lg nasi pilaf ni. ingat bulan puasa nak cuba jugaklah. :)

    ReplyDelete
  15. Assalam knur!!!..
    nasi pilaf ada lagi tak???...
    cantik nasi knur tu..panjang2.. knur..
    masih sibuk lagi ke tu?...kita minggu ni pun sibuk sebab nak buat tahlil kat rumah..last minute baru dapat orang tukang baca kalau tak next week..aduh..nak masak apa ya?..knur masakkan boleh tak?..heheh..thanks ya kak for wishes untuk marsya tu..mudah2han apa yang didoakan termakbul ya kak..insyaallah..

    ReplyDelete
  16. ayu dapat sambey lap air lioq asyik meleleh ni...sedapnyer akak...blog akak pow cun...leh kasi award nanti ni :)

    ReplyDelete
  17. salam nur,
    singgah sini tenguk makanan sampai keluar air liur. nampak sedap2 semua..

    ReplyDelete
  18. sedapnya kak Nur...lambat dtng sini sure dh abiskan huhu..jamu mata jer lah..hehe

    ReplyDelete
  19. salam k nur...sedap gaya nasi pilaf ni...:))

    ReplyDelete
  20. as-salam kak Nur
    ady datang lambat kat rumah kak nur ni...nasi pilaf ni npk menyelerakan..ni mesti dah habiskan nasi pilaf tu.. nak kena buatlah jawabnye ni...

    ReplyDelete