Assalamualaikum semua, bertemu sekali lagi pada hari Sabtu yang menceriakan ini.....baru ini lah dapat mengadap PC...itu pun sebentar saja....banyak urusan yang harus diselesaikan dulu. Semalam ingatkan nak masukkan entri ini tapi mata dah kelat dah terdaya...brain message dah suruh cari bantal dah!!!
Apabila rehat sebentar dari berblogging....tutp tup lihat dashboard dah berwajah baru.....satu pembaharuan ini tapi warna background yang putih mulus ini buat sakit mata juga dan dah banyak yang complained bila Nur baca di forum blogger......hahaha....okay tinggalkan cerita ini berbalik pada resepi ya.
Apabila kepala dah pening terfikir nak masak apa, baru lah tercari-cari bukumasak yang dah lama tak tersentuh....cari-cari resepi ini yang berkenan dihati dan senang pula untuk disajikan....lebih-lebih lagi my family memang suka pada mediterranean foods. Memang resepi ini menepati citarasa mereka...tengok anak-anak makan pun laju aje tak cukup pun ada. Untuk Nur kalau menggunakan daging lamb pasti lebih terangkat ini, maybe nextime boleh cuba gunakan daging cincang lamb.Menu ini boleh digandingkan dengan nasi pilaf ataupun roti pita. Kerana kesuntukkan masa Nur gandingkan dengan roti pita saja walaupun hati ku berkata inginkan Nasi Pilaf....huhuhu!!! Resepi ini tak lain tak bukan dari Chef Wan yang popular seantaro dunia....ini yang dikatakan Chef yang ada kelasss...betul tak??? Oh ya lupa nak beritau kalau gunakan daging cincang yang agak halus sedikit pasti akan dapat texture yang cantik seperti yang telah Chef Wan masak. Biasa di Supermarket seperti Cold Storage daging cincang nya agak halus sedikit. Okay lah kita fullstop ya!!

Kefta Daging Maghribi
Resepi: Chef Wan
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
700gm daging lembu cincang
2 biji bawang besar dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 tangkai cili hijau, dibuang biji dan dicincang
3/4 sudu besar cili serbuk - Nur lebihkan lagi sedikit
2 sudu teh jintan putih
1 cm halia dicincang halus
6 tangkai daun pasli dihiris-hiris
2 sudu besar hirisan daun ketumbar
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar
1 biji lemon dipotong baji atau bulat
Cara-Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali lemon di dalam mangkuk besar.
2. Kepal-kepalkan daging pada pencucuk besi dan panggang di atas api sederhana
Pusing-pusingkan sekali sekala sehingga daging masak rata. Ataupun goreng di dalam kuali leper dengan sedikit minyak zaitun sehingga kefa masak.
3. Hidang panas-panas dengan lemon bersama nasi pilaf atau roti pita dan daun salad.
Green Chutney
Resepi: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
2 pokok daun pudina
1 pokok daun ketumbar
sedikit halia
1 sudu teh jintan putih
4 batang cili hijau
1 cawan plain yogurt
3 ulas bawang putih
Buah Pomegranate yang kering - Boleh dibeli di kedai India (optional)
Cara-Cara
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali yogurt.Masukkan sedikit air dan blend
halus, masukkan sedikit garam dan akhir sekali masukkan yogurt dikacau rata. Simpan
dalam peti ais sebentar dan boleh lah dihidangkan.

assalamualaikum nur. apa khabar? lama dah tak dtg sini. nampak sedap hidangan nur ni.:))
ReplyDeleteWah!....set menu lengkap...bestnya....sedapnya....:)
ReplyDelete@anis
ReplyDeleteAssalamualaikum Anis,
Alhamdulilah sihat...Anis bagaimana??
Harap sihat2 ya. Aah lah sedap resepi buat anak2 dan suami..kalau Nur kureng sikit lah...hehe...citarasa masing2 berbeza walaupun serumpun dan sekeluarga....haha.
@cik cek
ReplyDeleteEeh eh mcm mana tau best cik cek?? Hehe Nur gurau aje nie...
burp,alhamdulillah! :)
ReplyDeleteakak nur...
ReplyDeletewah yg nie sgt menarik ler akak... sedaaapnya nie kalau dpt seketul tu... seketul pun jadi ler akak.. hehehe
Assalammualaikum Nur
ReplyDeleteTgh hari dtg dapur Nur, intai apa Nur hidangkan.ada kefta Maghribi....ni mcm kebabkan..kenyang mkn dg roti pita....
slmt berhujung minggu buat Nur sekeluarga.
Salam kak nur cayang!! ada lagi tak lauk kat atas tuuu :D kita dtg bg akak puding sekali niii nak yg atas tu 3 keping tauu! hihihi..hari ni malas sikitlah kak sbb mata kita pedih2 nii, duk tergolek atas katil jerrr baring2 pastu terbongkang :D akak take care!!! happy weekend to uuu!!!! love uuuuu!! muaaaahhhhh!
ReplyDeleteSalam kak nur.. wahh.. sungguh2 menggoda jiwa nih..
ReplyDeleteAs'salam Nur
ReplyDeletesinggah dimalam hari ni, masih ada lagi tak hidangan yang sedap tu. Jauh betul didatang dari arab nun..hehehe. nampak sedap tu nur tapi nak buat tak rajin ler :D
wah..terror lah kak Nur ni..boleh masak cam ni..
ReplyDeleteAssalam knur,
ReplyDeletelama tak kemari rindu ler..
kofta ni nampak sedap knur..kita suka juga tapi mesti lembuuuu..kambing kita tak makan..heheh
knur nanti datang rumah ambik tugasan ya..
K'Nur....baru dpt ke sini..emm sedapnyer...bila free dtg blog ida amik award dan tag k...mekasih!!!
ReplyDeleteKak Nur yang dirindui.. hehe.. akak!! kita mmg suka sgt makan mknn arab camni, teringat2 jiran pakistan dulu selalu bagi masakan camni. kak nur bg lah resepi sos tu (tak tau nama) mint sos ye kak? nak google pun tak tau nama. hehe.. thank you kak! :D
ReplyDeleteAssalam Kak Nur, sedap tgk menu akak ni....sekali sekala layan selera arab gini memang best kan..
ReplyDeletep/s; nanti jemput singgah umah ambil award & tag yer kak..tq:)
re;Nur,sypun kalau buka Fp teringat kwn2 yg sama2 aktif di Fp dulu-dulu spt Nur sendiri, Yah,Hajar,Auntie Kal,k.Rin, Ratna dan bbrapa org lagi...hanya kita dan Ratna saja yg aktif. Yah,Hajar & Auntie Kal adalah sesekali menyapa di Fb.Yah sekeluarga sy jumpa awal thn 2010.
ReplyDeleteNur , semua kelengkapan rumah tuan rumah sediakan. Nur, dah ada langsir berkenan...apalagi jadi tak projek langsir...
Sedapnya.......
ReplyDelete