Saturday, April 23, 2011

Ikan Kerisik Masak Hijau


Salam hari Sabtu, alhamdulilah bertemu sekali lagi dihujung minggu....hari yang agak sibuk sedikit. Sebelum  keluar Nur nak post resipi Ikan Masak Hijau ini yang dah Nur masak pada hari Khamis lalu. Resipi asal menggunakan Ikan pari, oleh kerana kita tak reti makan ikan pari jadi tukar kepada Ikan kerisik dan kita lebihkan cili merah. Terima kasih pada Yatiememories yang berkongsi resipi yang mudah tapi tetap menyelerakan. 


Ikan Kerisik Masak Hijau - Resipi Yatimemories
Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 btng cili merah*
  • 4 btng cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.
*****************Photobucket*****************

10 comments:

  1. Salam.. seleranya negok lauk ikan dan sayur tu...tumpang mkn sini yeee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nur,
    Apakhabar Nur hari ni, sihat? Harapan saya Nur sihat selalu hendaknya ya.

    Dua, tiga hari lepas saya buat ikan pesmol macam yg Nur pernah tayangkan, sedap Nur. Tetiba hari ni terserempak lak ngan ikan masak hijau ni, dah 2, 3 rumah jugak buat ikan ni...InsyaAllah akan dicuba nanti

    ReplyDelete
  3. @Wattie

    W'kumslm Wattie,

    alhamdulilah hari ini ok2 aje,kdg kit a ni kalau kureng tidur pun boleh sakit kepala...terlebih tidur pun sakit kepala....hehe...mcm2 lah wattie kalau dah berumur nie...hehe..ohh tidak daku dah tua...haha!!!

    Oh ya ke dh cuba resipi ikan pesmol tu...terima kasih sudi mencuba ya...mmg sedap resipi Chef Wan tu....kalau lagi pedas lagi sedap berasap mulut.....hehehe...senang hati bila wattie kata sedap...kita pun takut juga kalau tak kena pd citarasa individu....kebykan resipi diblog Nur semuanya dtg dari bukumasak sendiri...cuma kdg2 kena adjust dan pandai2 sendiri mengikut citarasa sendiri juga....betul tak Wattie?

    ReplyDelete
  4. @Sheila Shafeareen

    W'kumslm Sheila, cuba lah Sheila lauk ikan dari Yatiememories tu...sedap cuma kita tak tau kenapa cili hijau tu tk dikisar sekali...apa2 pun cili merah dan cili padi dh pun sedap rasanya...kita suker.

    ReplyDelete
  5. Memang nampak sedap ikan tu....

    ReplyDelete
  6. hmm.. musykil2.. mane hijau dia??? tun nyer ayam hijau x hijau sbb xde stok cili hijau, tp ni mmg xblend cili hijau kn.. xpe la, asal sedap.. hihi..

    ReplyDelete
  7. wahh sedapnya tgk menu akak ni...menyelerakan.gambar pun cun...cantik la tu kak..:)

    ReplyDelete
  8. @cik cek

    Cubalah kak cek,mmg sedap pun....hehehe

    ReplyDelete
  9. @tun_telani

    Tun, tengok2 tadi cili hijau pun utk dikisar pd resipi asal,kak Nur ingat nak ubah ke msk cili merah tapi fikir punya fikir aah biarlah...apa2 pun tetap kena dgn citarasa kak nur....ngap aje lah....hehe

    ReplyDelete
  10. @Nieza

    hmmm ok lah Nieza kena dengan tekak kak nur...gambar belum lagi cun tu...masih perlu diperbaiki lagi...huhuhu.

    ReplyDelete