Monday, May 31, 2010

*_*Penne Pasta Spicystir*_*


Salam sejahtera semua nya, dah malam baru dapat update blog, masih dalam mood bercuti hujung minggu....bila jalan-jalan keblog Love tergoda pulak tengok penne pasta yang dihidangkan...resipi nya kena pulak pada tekak Nur, cuma Nur gantikan ayam kepada daging, tambahkan udang dan akhir sekali taburkan dengan grated Parmesan Cheese dan daun herbs.

PENNE PASTA SPICYSTIR

Ingredients :~

* 1 cup penne pasta (may use any type of pasta/macaroni)
* 4 shallots ~ chopped
* 2 garlic cloves ~ chopped
* 2 tbsp dried chilli paste
* 1/2 cup chicken fillets ~ chopped
* 5 pcs button mushroom ~ sliced
* 1 large tomato ~ diced
* 3 tbsp soy sauce
* 2 tbsp sweet soy sauce
* spring onion ~ chopped
* olive oil (normal cooking oil is okey too)
* enough water



Method :~

1. Mix chopped chicken with some soy sauce and keep aside.

2. Boil water, add penne pasta and few drops of olive oil. Cook for 15 minutes, strain and keep the pasta aside.

3. Heat some oil in wok. Saute garlic and shallots till fragrant. Add dried chilli paste and stir awhile. Add chicken and button mushroom. Keep stirring until chicken cooks.

4. Now add diced tomato, remaining soy sauce and sweet soy sauce. Mix and add penne pasta. Stir well. Add spring onions, dish out. (if need more salt, just add soy sauce).


Wednesday, May 26, 2010

*_*Chocolate Cheesecake Brownie*_*

 
Salam semua, terasa lama benar dah tak buat brownie...semalam sementara tunggu sinetron Cinta Fitri sempat juga mengodek brownie....my daughter suka sekali...Nur belum pun rasa cuma suka baking saja...hehehe...Nur nak keluar ni, exam dah over...cadang nak tengok wayang cerita 'Shrek Forever After' hopefully masih ada tiket 3D...dah seronok tengok 3D pulak...ok bye-bye!


Chocolate Cheesecake Brownie

Ingredients
185g butter, melted (i used unsalted and added 1/4tsp of salt)
1/4 cup cocoa powder, sifted (i used valrhona)
1 cup caster sugar
2 eggs
1 cup plain flour



Cheesecake
285g cream cheese, softened and chopped
4 1/2 tbsp caster sugar
2 eggs

Method
Preheat oven to 160 degree C
Place butter, cocoa powder, sugar, eggs and flour in a bowl and mix well until smooth
Spoon into a 8" square slice tin line with baking paper
To make cheesecake, process the cream cheese, sugar and eggs in a mixer until smooth
Place large spoonfuls of the cheesecake mixture on top of the chocolate mixture and swirl with a butter knife
Bake for 45-50 minutes or until set

Source: Rima @Bisousatoi.  -Thank You for sharing.

*_*Award from Love*_*


This friendship award is from LOVE. Thank you for sharing this award. Meanwhile, I would like to share this award with other bloggers, please help yourself....jangan malu-malu...hehe.

Monday, May 24, 2010

*_*Bubur Kacang Hijau & Durian*_*


Salam petang, sekarang ini tengah musim buah durian pula jadi teringin nak makan bubur kacang durian....sebenarnya dah dua kali berturut-turut Nur masak bubur kacang durian....memang kami anak beranak gemar makan bubur durian....makan durian begitu pun sedap kan! Kalau buat serawa Nur tak berapa suka. Yok kita makan sama-sama!  

Saturday, May 22, 2010

*_*Mee Hong Kong*_*

meehongkong

Selamat petang semua, tekak ini macam teringin nak makan mee hong kong, jadi itu lah yang masak mee untuk sarapan pagi tadi...resipi tiada ini kes main campak-campak juga tapi kuah nya tetap Nur gunakan stok ayam seperti selalu. Bahan-Bahan ikut citarasa sendiri...Nur masukkan ikan salmon...sedap juga rasa nya. Jom layan gambar aje lah...hihi. 

mee hong kong

Thursday, May 20, 2010

*_*Nasi Ayam Chef Wan*_*


Selamat petang semua, baru sebentar tadi hujan sekejap...dengar juga ada guruh sebentar...bila dah masuk bilik semua dah tertutup tak tau pulak cuaca diluar...rasa-rasanya hujan dah berhenti...hari ini Nur upload menu yang tertunda...hari ini Nur masak sup fishball berserta ngan sambal ikan kerisik...dah lama tak masak sambal bertambah pula dua pinggan...huiii tak ingat diet pun...buat bodoh sudah! 


Ini lah lauk Nur dua beranak untuk hari ini...jadi lah dari asyik makan diluar baik Nur masak kan sesekali. Resipi Nasi ayam Chef Wan ni, terakhir sekali Nur masak rasa nya tahun 2000...lama kan...teringat waktu tu Nur makan bersama kawan baik Nur yang Nur kenal sejak habis sekolah menengah empat dulu...dah lama tu...sekarang dah tinggal kenangan saja.



Nasi Ayam Chef Wan


Bahan-Bahan Untuk Nasi


1/2 cawan majerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam


Cara-Cara


1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis
bawang besar, halia,
bawang putih,kulit kayu manis,
bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik
baunya.



2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan
ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga
cecair terserap dan kecilkan api.



3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

Cara menyediakan ayam


1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan
dan dibelah dua

Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin


Nasi Ayam Chef Wan

Cara-Cara


1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia,
bawang putih dan kicap. Lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.



2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.



3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.


************************************

Tuesday, May 18, 2010

*_*Award dari Madiha*_*




Pagi tadi bila buka blog terus baca kat shoutbox....hmm dapat award lagi, kali ini dari kawan lama Nur ia itu Puan Madiha a.k.a Ratna...hihi...Nur dah kenal Madiha sejak dari tahun 2007 semasa kami berfotopage dulu...bila kenang kembali banyak kenangan manis bersama geng-geng fotopages walaupun kami hanya kenal melalui alam cyber tetapi tetap mesra...kini hanya tinggal kenangan saja ada yg dah tutup fotopage kerana menjalankan tugas dan ada yang sibuk menguruskan business masing-masing. Memang rindu lah kalau ingatkan mereka semua...Madiha ini masih aktif di fotopage...memang dia seorang yg rajin dalam segala bidang, pandai memasak, suka pada lauk-pauk yang dia masak especially lauk-lauk kampung...hmmm pasti menjilat jari ni kalau dapat rasa masakkan dia...betul tak Madiha? Lagi satu nak puji dia ni kan tetap rajin mencari kawan lama...naik segan Nur bila tup tup dia muncul dan menegur Nur di blog...sekarang dia dah ada blog dah senang lah nak berhubungan balik. Ok lah Nur nak sambung award ini kepada kawan-kawan bloggers pulak.


"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."

1.
Ayu
2.
Ika
3.
D
4.
Kak Zai
5.
Mizwa
6.
Yat Maria
7.
mamahawa
8.
mimi cayang
9.
Ina
10.
Love
11.
JC a.k.a Jun
12.
Ain

ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award

Friday, May 14, 2010

*_*Roti John*_*

Roti John

Salam semua, pertama kali Nur ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada rakan-rakan bloggers yang telah memberi pendapat serta nasihat. Alhamdulilah, kemarahan Nur tak sampai kemana pun masih boleh beristifar lagi...kalau Nur nak cerita panjang pulak, so Nur pendekkan saja...ini bukan kali pertama dia buat seperti ini, dulu masih term 1 pun begitu...so hopefully dia akan berubah...dia beritau Nur begini "Kak, I apologise to you, I didn't do it on purpose." Hai Nur pun tak mau bertanya banyak cuma berharap tak akan terjadi lagi...kerana tak semua parents melayu yang tak perdulikan pelajaran anak2 dan tak berani ketengah! Feedback dari anak Nur dia seorang guru yg baik dan sygkan murid2 perempuan sebab yg lelaki nakal2 belaka...hihi...nama nya budak2 kan!cuma sekarang principle nak more information dari Nur...ini yang Nur cair nak beritau duduk perkara yg sebenar nya setelah berkali2 dia minta maaf. Feeback terakhir dari anak Nur dia kata "Ma, Mr. Z***** promised to bring us to the lab, to do some experiments tapi tak ada pun." tengok tu..anak murid pun tau jugak...susah lah gini kan.Ok lah Nur berhenti pasal cita Mr Z ini la...Nur pun sibuk juga hari ini, sebentar lagi nak ke Raffles Clinic pulak nak ambil my medication...kesian kan aku ni...mcm2 nak kena tempuh. Ok hari ini Nur sarapan Roti John, resipi dari Hana seperti biasa Knur C & P aje.

Roti John
~~~~~~~

Bahan-bahan
~~~~~~~~~
* 150g daging cincang
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* 1 sudu kecil serbuk kari
* Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
* garam
* 2 biji telur
* daun sup - cincang halus
* minyak@butter
* Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
~~~~~~~

* Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
* Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
* Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
* Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.


RotiJohn

Monday, May 10, 2010

*_*Happy Mother's Day Card*_*

Photobucket




Salam pagi Isnin buat semua, first of all Nur nak ucapkan Happy Mothers' Day buat semua teman bloggers maupun silent readers juga...rasa nya belum terlambat lagi kan ucapan ini...cuma terlewat sedikit aje...hihihi...Nur agak sibuk sekali sejak minggu lepas. Terima kasih pada pengunjung blog ini dan maaf sekali kerana tak dapat nak menjawab cbox itu.Ini lah pengorbanan seorang ibu bila masa seorang anak memerlukan perhatian yg lebih disaat akan menghadapi peperiksaan..hahaha...wow! really touched, hope to see flying colours from you, fiqah. Ok lah dalam pada Nur sibuk ini ingin juga Nur nak gantung Kad Hari Ibu dari teman bloggers yang berdua ini..kedua-dua nya mempunyai sebutan nama yg sama hanya ejaan yg berlainan sedikit...hihi...terima kasih ya Ros dan Roz....suka sekali dengan kad yg cantik dan berkelipan ini.

Tuesday, May 4, 2010

*_*Nasi Temasik & Ayam Berempah*_*

Nasi Temasik


Dah beberapa hari Nur biarkan blog ini bersawang.....sejak hari Jumaat lalu hubby cuti dan baru hari ini mulai bekerja semula jadi tak dapat nak lungsuri internet maupun berblogging...hihi...n3 ini pun tak dapat nak post, baru sekarang dapat update blog....huhuhu...cuti yang lalu pun tak pergi mana-mana pun....mengadap anak Nur ulangkaji pelajaran kerana minggu depan dah periksa, hanya sempat jalan-jalan ke Causeway Point shopping sedikit dan makan di Pizza Hut....nothing interesting....kalau tak cuti pun memang kerap juga ke Cway Point...ada aje yang nak dibeli dan cuci mata....hihi...

Nasi Temasik
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur


Nasi -Temasik


Cara-Cara
~~~~~~~

1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.

2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.

3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.

4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.
*****************Photobucket****************


Ayam Berempah


Ini pula resipi asal menggunakan daging tapi Nur dah tukar kepada ayam....menepati citarasa keluarga nampak nya.....resipi Nur dah pernah letak cuma kali ini Nur tukar sedikit...mana lah tau silent reader yang mengunjungi blog ini ingin mencuba nya.

Ayam Berempah
~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~

1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (Nur tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara
~~~~~~~~

1. Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.

3. Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.

7. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.
*****************Photobucket****************



*_*Award*_*



Salam pagi semua, ringkas nya hari ini Nur nak post n3 award
dari Mama Jen yang Nur simpan sejak dari minggu lepas....memang sibuk sekali lebih-lebih lagi dah nak musim exam....walaupun Nur tak boleh stress tapi tetap stressssss jugak....tuan punya badan yang nak ambil peperiksaan relaks aje.....rasa macam nak gigit-gigit ahh budak ni....berbalik pada award ini rasa nya malu untuk terima award ini....tajuk "interesting blog award" I don't think my blog is an interesting blog.......anyway, I still have to accept it and respect MJ....terima kasih lah MJ, kak Nur gantung aje lah untuk buat kenangan ok!