
Semalam buntu fikiran tak tau apa nak dimasak untuk berbuka tapi bila dah meronda-ronda baru dapat idea....haha...jalan-jalan ke blog Cikmin terbuka selera pula nak makan Nasi Ayam Penyet.Terima kasih cikmin berkongsi resipi.Seperti biasa nasi ayam Nur masak cara sendiri...dah sebati dengan tekak kami sekeluarga.
Nasi Ayam Penyet
Bahan-Bahan
Untuk Ayam:-
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal:-
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Sumber resipi: resepi4u





salam knur,
ReplyDeletewah sedap ayam penyet resipi yang nikan..kita suka sambal dia..
aduhai..nak juga lah..ada balance tak knur?..
salam knur wahhh ade nasi ayam best ni,akak sihat ke?
ReplyDeletekak nur..mengode betul nasi ayam penyek tuhhhhh..bila nak buat nihh..teringin betul nih
ReplyDeletewah...seleranya tengok.. :)
ReplyDeleteayam penyet ni makan dgn nasi putih je...tapi cikmin saje terikut dak ijan makan dgn nasi ayam masa memula buat dulu.. :)
Salam kak nur cayang, nak ngendeng nasi ayam penyet! sedapnyer! tak pernah pun buat lagi, masuk list dulu :D nak bungkus bwk balik tau kak kita bg kukis mama carey kat akak :D leh kann kann :D
ReplyDeletesedapnyaaaa!!! sabtu ni boleh lah buat ns ayam utk bawakan anak yg kat asrama.
ReplyDeleteSalam Kak Nur,
ReplyDeleteSedapnyaaaa.... bila nak rajin mcm akak nih!!!
semlm pun i buka ngan nasi ayam penyet...heheh..tp kt restoran la kaknur...aram ler nak msk sndri...x sempat..jalan jem teruk kt s.alam..blk awal pun smpi umah lmbt juga...
ReplyDelete