Thursday, December 31, 2009

*_*Feast@Amirah's Grill*_*

Makan lagi pada keesokkan hari setelah menjamu selera di Siam Kitchen....yang sebenar nya Hubby Nur memang suka jalan-jalan cari makan.....boleh dikatakan minggu lepas ada lah minggu makan-makan setelah penat berjalan....hihihi. Setelah selesai makan kami jalan-jalan ke Marina Centre untuk belikan kasut sekolah budak-budak ini.....

amirah'sgrill

Ini ada lah pemandangan di tingkat atas Amirah's Grill Resturant & Cafe...waktu kami sekeluarga sampai....tempat duduk dah dipenuhi oleh pelanggan, jadi kami dibawa naik ke tingkat dua....kira-kira privacy juga......Pada mula nya Nur ingat nak snap juga gambar kat tingkat bawah tapi segan lahhh.....macam paparazi pulak.....hihihi.


Salatet Zabadi

Ini menu starter yang dipanggil Salatet Zabadi....kata hubby kalau orang India sebut Raita.....lebih sedap timun nya dipotong dadu kecil-kecil jadi lebih terasa dari diparut....haha itu menurut kata hubby....Nur tak tau apa-apa pun.......tau makan aje...tapi yang ini Nur tak rasa pun...tak suka.

BeefKebab&PitaBread

Hubby komen roti ini keras tak lembut.....dah dibakar garing sedikit...itu yang tak kick...hhmmmm...

chicken_kebabwifpitabread

Chicken kebab ini pilihan anak dara Nur yang kat atas tu....nampak nya... tengok laju dia makan tak ada apa-apa masaalah...hihi



Beef kebab wif rice

Haha....ini yang Nur ordered......kita ni kan kalau pergi mana-mana mesti nak cari nasi, almaalum lah orang kampung.....hihi...mesti nak makan nasi. Nasi ini pada Nur tak ada apa-apa yang istimewa....biasa saja....Nur lebih suka Nasi Bukhari di Zack's Cafe.....sedapppp......jangan marah erk....kenyataan.

Chicken Kebab wif potatoes

Haah....baru perasan pinggan sumpit sikit tu....hihi...

zabousa

Ini pencuci mulut....kami tiga beranak tak larat nak makan lagi...yang masih larat tu hubby.....sebab tu cuma satu saja yang di ordered tapi Nur masih larat nak makan ice-cream...saja-saja aje nak basahkan tekak...pada hal kat rumah macam-macam ice-cream yang tengah duk kat freezer. Nur dah snap pun gambar tapi hubby dah sindir ice-cream pun nak ambik ke??? Malu nyaaa......

Monday, December 28, 2009

*_*Feast@Siam Kitchen*_*

Salam semua, dah beberapa hari ini memang sibuk sekali, lebih-lebih lagi hubby tengah bercuti saat ini....jadi tumpuan tertumpu pada family dulu....dapur pun tak berasap...tutup sekejap sebab kami keluar berjalan, jalan-jalan di negeri sendiri saja....hehehe...bila dapur tak berasap pasti kena cari dapur lain untuk isi perut....kami makan di restaurant Siam Kitchen....memang suka sekali makan di Siam Kitchen....kebanyakan menu nya memang sedap-sedap belaka. Nur tiga beranak aje dengan hubby...yang tua sekolah ketika itu....Jom layan gambar.......

pineapple rice

Pineapple rice ordered by hubby....nur rasa sikit ok la...sedap...order sekali lagi untuk di bawa pulang tapi my boy kata biasa-biasa saja, nothing special kata nya...ish such a picky eater...

Green Curry Prawn


Ini ada lah menu kesukaan Nur....tiap kali datang kesini ini lah menu yang menjadi pujaan hati ku....sedap Green Curry Prawn cuma udang nya tiga ekor aje...tak apa udang dah selalu makan jadi no problem...

honey marinated chicken

Hah.....ini chicken grill yang di pesan oleh anak Nur....bukan boleh habis jadi Nur juga yang kena habiskan....termasuk hubby juga...sedap...yang dulu Nur pernah ordered half chicken grill with herbs pun sedappppp....

beef salad

Beef Salad ini memang appetizing...salad mango yang pernah kami makan dulu pun sedap...pendek kata memang sedap dan kena
dengan citarasa kami .


money bag

Hah yang ini money bag....Nur tak suka....hubby kata ok....tekak masing2 kan! Nampak gaya Nur macam nak promote restaurant Siam Kitchen pulak....tak apa lah kan...hehehe...masuk ini dah 3 kali kami jejak ke sini.....memang menjadi pilihan kami untuk mengisi perut disini...lebih2 lagi ia berdekatan dengan rumah Nur....tak sampai sepuluh minit dah boleh sampai...yang penting harga berpatutan...perut pun kenyang hati pun senang...hehehe.

Tuesday, December 22, 2009

*_*Ketam Bercili*_*

ketam bercili


Lauk Ketam ini ada lah hidangan hari Ahad lepas...tak sempat nak update....resipi dari Chef Wan....rasa nya sedap tapi sukatan sos nya rasa Nur dah lebih sangat....itu yg buat kuah nya pekat...lain kali nak cuba kurangkan sedikit. Selalu nya bila dah ada resipi kita dah boleh agak dan sesuaikan bahan nya mengikut citarasa sendiri....kalau baking boleh tak buat begitu?? Nak kena tanya orang yang pakar dalam membaking...hihihi.

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

Minyak masak untuk menggoreng ketam
1.2-1.5 kg ketam, dibersihkan dan dikerat dua
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan 60 ml air
1 biji telur dipukul
daun bawang dihiris nipis

Dikisar halus
~~~~~~~~~~

1 1/2 sudu besar cili serbuk
6 tangkai cili merah
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 cm halia

Ketambercili

Bahan Sos
~~~~~~~~

3 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka ( Nur gunakan lemon)
250 ml sos tomato dalam tin
garam

Cara-Cara
~~~~~~~

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng terendam ketam sehingga kuning keemasan. Tuskan dan ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan bahan sos dan kacau rata sehingga mendidih. Tutupkan kuali dan biarkan merenih selama 10 minit.

3. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau rata. Campur telur yang sudah dipukul. Masukkan ketam goreng dan kacau perlahan-lahan sehingga masak.

4. Taburkan daun bawang dan hidang panas-panas.



********************Photobucket*********************

Monday, December 21, 2009

*_*Mee Goreng*_*

meegoreng

Pagi ini kami bersarapan dengan menu mee goreng. Nur gunakan mee kuning yang berbentuk leper.....sedap mee jenis ini...makan waktu panas dan perahkan limau kasturi...amboi bertambah lagi pun tak sedar....hehehe....jemput makan!


migoreng

*_*Apam Pisang*_*

apampisang

Dah dua hari Nur cari kelapa tapi tak dapat....penjual kelapa pergi bercuti agak nya....jadi lah apam ni togel gitu.....walaupun tak ada kelapa sedap juga....Nur memang suka kuih apam, lebih-lebih lagi jika yang ada pisang dalam bahan apam....lagi lah laju Nur makan.....family Nur tak berapa suka nampak nya...jadi Nur kena habiskan sorang2....huhuhu....resipi seperti biasa C & P...terima kasih pada CMG yang telah berkongsi resipi ini.

Bahan-Bahannya

~~~~~~~~~~~~


1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*

1/2 camca teh soda bicarbonate*

Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

apam pisang

Cara membuatnya
~~~~~~~~~~~~~

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.


3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam.

********************Photobucket*********************

Friday, December 18, 2009

*_*Ikan Bakar Padang*_*

Ikan bakar padang


Salam Maal Hijrah buat semua teman bloggers....hari ini Nur masak Ikan Bakar Padang...resipi cilok dari dapur HANA. Dah lama dok mengidam nak buat baru hari ini tercapai. Nur bakar diatas kuali non-stick saja...kalau dapat bakar atas dapur arang lagi sedappp kan hana...knur copy and paste aja ya...terima kasih kerana sudi berkongsi resipi.


Ikan Bakar Padang
~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung

* 1/4 sudu kecil lada hitam
* 4 biji buah keras - lebihkan pon ok.
* 1cm kunyit hidup
* hana tmbh serai
3/4 santan pekat
garam
gula

Cicah/Sambal Kicap
1 biji bawang besar - potong dadu/mayang
2 tangkai cili merah - potong serong
2 tangkai cili hijau - potong serong
2 biji jus limau nipis - gune lemon je
125ml kicap manis - hana gune jalen manis

ikanbakarpdg

Cara-cara
~~~~~~~

1. Tumbuk bahan yg bertanda *.

2. Campurkan semua bahan. Panaskan kuali. Didihkan dan matikan api.
3. Masukkan ikan yg sudah dcuci dan kacau rata keseluruhan.
4. Bakar ikan menggunakan arang hingga masak. Renjis2kan lebihan kuah tadi ke atas ikan semasa membakar dan balik2kan.
5. Untuk sambal kicap - campurkan semua bhn. dan siap dhidang bersama ikan bakar tadi.

********************Photobucket*********************

*_*Udang Masak Lemak & Tauhu*_*

Udglemak&tauhu

Resipi lauk udang masak lemak ini Nur tambahkan letak suun dan kacang buncis....senang tak payah goreng sayur lagi....memang malas pun nak goreng....kwang...kwang...kwang...

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
400 gm udang besar
3 keping tauhu dipotong 4
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
2 biji tomato dibelah 4
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 cm halia dimayang halus
5 biji cili merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 batang serai dititik
3 camca besar minyak masak
garam secukup rasa

udgmasaklemak

Cara-Cara
~~~~~~~
1. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya saja. Cuci bersih.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah,bawang putih,
halia dan serai. Kacau hingga layu baru lah dimasukkan santan.
Kacau selalu supaya santan tidak naik minyak.

3. Apabila mendidih masukkan cili hiris, kacang buncis dan suun.

4. Biarkan mendidih lagi dan akhir sekali masukkan udang, perasakan dengan garam.


********************Photobucket*********************

Wednesday, December 16, 2009

*_*Kari ayam*_*

kari ayam

Ini lah lauk kari ayam yand dipadankan dengan roti kirai atau roti jala. Dah penat masak terus tak boleh nak update blog....hehehe.


kari-ayam

Monday, December 14, 2009

*_* Ikan tongkol goreng kicap *_*

tongkolgorengkicap

Hari ini cuba resipi Ikan tongkol goreng kicap....resipi dari blog
Nor secubit garam......dah lama teringin nak buat tapi agak sukar nak mencari ikan tongkol jika tiada musim nya...ikan tongkol pun kalau nak beli tak boleh yang besar....yang sederhana saja sebab anak-anak Nur tak berapa suka sangat dengan ikan tongkol ini....kalau tuna boleh laju pulak....pada hal itu kan ikan tongkol juga....hehehe. Nur copy and paste aje.....halal ya Nor resipi ini....



IKAN TONGKOL GORENG KICAP
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bahan untuk rebus


Ikan tongkol

asam keping
lengkuas
garam
manisan/gula melaka
Bahan untuk goreng kicap
bawang besar-hiris
bawang putih- hiris
cili padi- hiris
kacang panjang
kicap
sos tiram

ikantongkolkicap


Cara-Cara
~~~~~~~~

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.


2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan


3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.


4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.


5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas



********************Photobucket*********************

*_* Daun bawang putih *_*

Daunbwgputih

Nur pun tak tau apa nak dinamakan resipi ini.....sejenis batang daun bawang putih digoreng terasa rangup dan sedap....bila makan bunyi krup...krup....boleh dipelbagaikan cara mengoreng nya. Bau aroma nya pun sama seperti bawang putih....mesti banyak khasiat.

Daun Bawang Putih
~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan

Dua ikat daun bawang putih dipotong kecil-kecil
1 biji bawang merah yang sedang dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah dihiris
1 biji telur
sedikit lada sulah


daunbawangputih

Cara-Cara
~~~~~~~~

1. Panaskan kuali tumiskan bawang merah dan bawang putih.

2. Bila telah wangi masukkan cili merah dan ditumis lagi

3. Masukkan sayur dan gaul rata, kemudian pecahkan telur dan masukkan lada sulah. Kacau rata dan perasakan dengan garam.

********************Photobucket*********************

Friday, December 11, 2009

*_* Kari Ikan Merah *_*

kari ikan merah

Hari ini Nur masak kari ikan merah.....kalau dah masak kari mesti nak ada papadom...terlupa pulak nak ambil gambar papadom...kebetulan hari ini hubby bekerja setengah hari saja....jadi dapat lah makan bertiga hari ini...selalu nya berdua beranak. Hari ini pun rasa macam sunyi gitu sejak Mamahawa dan Ayu pergi bercuti.....semoga mereka enjoy disana....selamat pergi dan selamat kembali. I feel lonely today......huhuhu....ok ler meh layan menu hari ini. Menu yang biasa saja.

Kari Ikan Merah
~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan

1 ekor ikan merah dibersihkan dan dipotong kecil.
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris nipis
4/5 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu teh rempah tumis
1 sudu teh kunyit serbuk
2 bij tomato dibelah empat
1 biji cili merah dan 1 biji hijau
sedikit daun kari
sedikit air asam

Kari Ikanmerah

Cara-Cara

1. Kunyit serbuk dicampurkan bersama rempah kari ikan dan dijadikan pes.

2. Tumiskan bawang merah hingga berbau wangi. Masukkan bawang putih dan halia.


3. Masukkan daun kari dan tumis lagi biar wangi.

4. Kecilkan api dan masukkan rempah tumis dan kacau sebentar.

5. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes tadi. Kacau rata.


6. Masukkan air asam dan air secukup nya.


7. Apabila mendidih masukkan ikan, cili merah dan cili hijau, perasakan dengan garam.


8. Akhir sekali masukkan buah tomato dan matikan api.

*_* Sambal Udang *_*

sambal udang

Sambal Udang ini ada lah menu semalam....tak sempat nak upload gambar ini.....biasa kalau masak sambal udang mesti nak letak petai...sebab anak Nur suka sekali kalau letak petai....tapi hari ini tak letak....tak nampak pun petai kat supermarket....bila kita tak nak berderet2 dia tersadai....bila kita nak dia tak ada pulak.....kalau letak petai ada kick...ada aroma petai yang boleh makan sampai dua pinggan tambah nasi...hihi.....



sambaludg

*_* Sayur Taugeh *_*

TaugehIkanMasin

Resipi sayur taugeh ini senang aje untuk membuat nya......Nur paling suka sekali sayur taugeh.....anak2 pun suka juga.....untuk menyediakan nya senang saja....


Sayur Taugeh Ikan Masin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan

Taugeh
1 biji bawang besar yang sedang, dihiris nipis
2 biji bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah dan cili hijau dihiris nipis
1 ketul isi ikan masin direndam sebentar
1 keping tauhu dipotong kecil dan digoreng separuh masak.

Cara-Cara

1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih serta cili merah dan hijau.

2. Masukkan ikan masin dan dikacau rata. Masukkan tauhu.

3. Akhir sekali masukkan taugeh dan goreng sebentar saja, jangan sampai layu.
Perasakan dengan garam.


********************Photobucket*********************

Thursday, December 10, 2009

*_* Siakap 3 Rasa *_*

ikan siakap 3 rasa

Resipi Ikan siakap 3 rasa ini Nur copy and paste dari blog Mamahawa......tergoda bila tengok gambar masakkan nya....terima kasih mama kerana berkongsi resipi....hari ini kita makan dua beranak bersama sayur taugeh dan sup fish ball....makan rebut2 siapa cepat dia dapat. Nur gunakan ekor siakap dan digoreng, Nur tak suka yang berkukus.....yang bahagian kepala Nur dah masakkan untuk hubby malam semalam.....

Bahan:-

* 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
* 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
* 2 camb minyak - untuk menumis
* garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 3 cm halia muda
* 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

* 1/2 kuntum bunga kantan
* 2 helai daun limau purut
* 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

* 2 camb cili kisar
* 1 camb sos tomato
* 2 camb sos plum - tersalah beli beli sos lemon
* 2 camb gula pasir
* 2 camb sos cili
* 1 camb jus limau nipis - lemon
* 1 camt kicap manis

siakap3rasa

Cara Memasak:-

1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.


3. Kukus hinga ikan masak.


4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.


5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.


6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.


7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.


8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


********************Photobucket*********************

Wednesday, December 9, 2009

*_* Bubur Kacang *_*

bubur kacang

Kacang hijau ini dah lama duduk dalam tupperware....kesian tengok dia...jadi tu lah yang masak bubur kacang.....kacang nya pun tak banyak....makan pun tak puas....puas menghirup santan nya....hihi...sedap pulak tu lemak2....nur tak letak durian sebab tak suka sangat letak durian....melainkan kalau hubby yang makan mesti nak letak durian.....sekarang dia dah tak boleh makan yang berkacang....jadi bubur kacang tak payah nak letak durian....jemput makan semua.....

*_* Lemak ketam *_*

ketam lemak cili api-tile


Salam semua.....hari ini tak tau nak cerita apa....hihihi....teringat nur bila masak lauk lemak cili api teringat pada arwah emak Nur....kata nya lauk lemak cili api kalau orang Negeri Sembilan masak mereka tak letak bawang dan yang sewaktu dengan nya.....cuma yang dimasukkan ada
lah cili padi, kunyit basah, serai yang dititik dan santan pekat2. Bila suatu hari orang kampung datang kerumah Nur dan melihat masakkan Nur yang bersantan mereka kata "elok lah cam ni tak pekat sangat bagi abah kau makan." Biasa mereka kalau masak kelapa yang digunakan agak banyak.....huhu kolestrol tinggi tu.....tapi sedap dan mantop gitu. Meh layan gambor aje....masak cili api semua orang dah tau kan tak yah lah den tepek resipi....hehehe.

ketamlemakciliapi-tile

Friday, December 4, 2009

*_* KFC *_*

kfc-tile

Semalam dalam fikiran dah terbayang macam2 menu yang ingin dicuba tapi malang sungguh, akhir nya Nur berubah fikiran.....lebih senang beli ayam KFC terus ngap dua beranak....Nur kalau tinggal dua beranak memang malas nak masak nanti tiada orang yang sudi makan....hehehe...baik Nur makan diluar ataupun beli saja...dengan ini cara tidak langsung Nur membantu ekonomi perniaga....hihi...macam bagus aja kan! Tadi sebelum hubby keluar menunaikan solat Jumaat dan terus ketempat kerja, sempat Nur tanya nak masak apa....jawab dia macam beli aje lah...haha itu lah yang ku tunggu jawapan dari nya. Kalau rajin boleh lah keluar berjalan...rasa2 macam nak ke Arab Street....minggu lepas dah pergi tapi dengan hubby macam tak puas gitu...jln2 dua beranak lagi puas.....my little girl will never complain....

KentuckyFriedChicken-

Wednesday, December 2, 2009

*_*Fish & Chips*_*

Fish & Chips
Fish & Chips ini ada lah menu sarapan pagi semalam, tak sempat nak update blog...dalam dua tiga hari ini memang terasa penat sangat sebab sibuk ke sekolah anak Nur untuk beli buku dan uniform.....panjang pulak queue waktu itu....dah beli buku nak kena kemas pula buku-buku yang lama, ini kali ada buku dan worksheets yang perlu disimpan untuk dijadikan rujukan PSLE......tahun depan anak Nur dah darjah lima.....sekejap saja masa berlalu.....nanti pejam celik dah buka sekolah....aduh pening kepala. Layan gambar dulu ya....sebenar nya sekarang pun kepala Nur tengah pening tapi sempat pula nak update blog....hihihi....ku cekalkan hati dan mataku.

Fish & Chips