Friday, July 31, 2009

.:.Suji Almond.:.

Photobucket

Memang dah beberapa hari ini teruja untuk menbuat biskut suji...bahan-bahan pun dah ada cuma tinggal nak start enjin aje...semalam pun mood baik sikit, so jadi juga lah suji almond ku. Hahaa...mimi, langkah kanan nampak pertanyaan mi tu tepat pada masa nya....so ini lah dia sample miskut raya...hehehe...yang sebenar nya Nur teringin nak buat biskut suji...bila biskut dah jadi, Nur pun apa lagi cuba lah rasa....tak macam suji yang Nur inginkan...terus tengok balik resipi...rupa nya ini ada lah satu daripada biskut biasa yang bercampur tepung suji sedikit....bukan lah suji yang seperti ku idamkan...kenapa lah lembab sikit??? Lainkali boleh cuba buat suji yang sebenar nya. Jangan lah ketawakan Nur ya...memang seumur hidup Nur tak pernah buat suji.... biskut raya Nur selalu lebih kepada Coklat...atas permintaan anak-anak .....sabar aje lah kan. Alahai panjang pulak cerita Nur kali ini. Resipi asal dari Zubaidah Chepa dan akan masuk dalam list Hari Raya nanti.Photobucket

Bahan-Bahan

150 mentega
30 gm minyak sapi
80 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk badam
60 gm tepung suji
220 tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Photobucket

Hiasan

Kuning telur dan badam nib

Cara-Cara

1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.

2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk badam dan serbuk penaik.

3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau acuan pilihan sendiri.

4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.

5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit atau sampai kekuningan.

*****************Photobucket*****************







Thursday, July 30, 2009

.:.Laici Muffin.:.

Photobucket

Dah lama teringin nak buat Laici Muffin ini tapi belum ada kesempatan...macam sibuk gitu...bila dapat buat hhmmm kurang cantik pulak muffin ku ini...huhuhu....lain kali boleh cuba lagi....anak kat rumah suruh buat lagi...budak2 ni kalau suka sepuluh kali makan pun tak jelak...kalau tak suka terus tak pandang!....hehehe.Photobucket


Bahan-Bahan

80gm butter
120 gm tepung kek
1 sudu teh baking powder
130 gm buah laici dalam tin
1 biji telur
90 gm gula caster
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu makan jus laici

Photobucket

Cara-Cara

1. Butter di potong kecil dan cairkan dalam microwave oven atau diatas dapur dengan api yang kecil.

2. Ketepikan bila butter mula cair dan biarkan ia sejuk.

3. Ayak tepung bersama baking powder dan kacau rata.

4. Buah laici ditoskan dan potong kecil-kecil. Gunakan paper towel untuk keringkan laici.

5. Ambil 3/4 buah laici dan masukkan kedalam tepung yang telah diayak tadi.

6. Puku telur pada tahap kelajuan yang sederhana selama tiga minit hingga warna telur menjadi pucat.

7. Masukkan esen vanila, air jus laici dan kacau perlahan dengan sudu.

8. Masukkan tepung kedalam bahan tadi, kaup perlahan-lahan dengan menggunakan spatula.

9. Ketepikan sebentar bahan adunan itu selama 30 minit untuk membiarkan ia pekat sedikit.

10. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar muffin hingga masak.

***** Photobucket *****

Tuesday, July 28, 2009

.:.Light Soya Sauce Chicken Wings.:.

Photobucket

Hari ini Nur cuba resipi "Light Soya Sauce Chicken Wings." Dapat feeback dari anak mengatakan sedap lah mama....tapi papa dia pula kata biasa aje....pada Nur okay boleh tahan. Berbeza-beza selera family Nur. Apa apa pun kalau dah sebut ayam memang menjadi kegemaran anak-anak.


Bahan-Bahan

500 gm kepak ayam
4 sudu makan kicap cair (light soya sauce)
1/2 sudu teh gula
sedikit lada sulah
1 sudu makan halia yang telah dicincang
1/2 cawan tepung beras untuk disalut pada ayam
1/4 garam

Photobucket

Cara-Cara

1. Ayam dicuci bersih dan diperap bersama kicap cair, gula, lada sulah dan halia.

2. Digaul rata, cucuk ayam dengan garpu untuk lebih menyerapkan bahan pemerap.

3. Masukkan kedalam plastik dan biarkan dipeti ais selama setengah jam.

4. Setelah setengah jam diperap, keluarkan ayam dan panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.

5. Tepung beras di satukan bersama 1/4 garam.

6. Salutkan ayam pada tepung beras tadi dan bakar selama dua puluh minit atau sehingga masak mengikut suhu kepanasan oven masing-masing.


******************* Photobucket********************

Monday, July 27, 2009

.:.Kad dari mamaHawa.:.

Photobucket

Dapat kad ini dari mamahawa....terima kasih kerana sudi memberi kad ini pada Nur. Untuk mama tabah menghadapi dugaan. Semoga ayah mama cepat sembuh seperti sediakala. Nur ingin berkongsi kad ini dengan semua kawan2 yang singgah diblog Nur....tak kira siapa anda.

This is Forever Friendship.

This is the sacred RED
ROSE.


You MUST pass this rose on to at least 5 people within the

hour of receiving this rose. After you do, make a wish.

If you have passed it on, your wish will come true
and love will come yourway shortly.

If not your life will stay the same as it has always been.


Just be nice & pass it on.....May we all be loved so much.

Friend if I don't get this back I can take a hint!

Send this to 8 people or more and if this is sent back
to you then you know that you are a true friend...

********************Photobucket********************

Sunday, July 26, 2009

.:.Gulai Tetel.:.

Photobucket



Bila dah hari-hari masak, kepala pun buntu tak tau nak masak apa? Teringat ada tetel kat fridge so cuba lah resipi ini....dah lama simpan resipi ini tapi tak pernah cuba, sekali lagi lauk bersantan....hhmmmm bantai aje lah. Tetel ni pun banyak lemak juga...jadi Nur buang lemak-lemak yang tak diperlukan...jaga kesihatan....konon nya.Photobucket

Bahan-Bahan

600 gm daging tetel
1/2 biji kelapa
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit basah
10 biji cili merah
10 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
4 ulas daun limau purut
2 helai daun salam
1 helai daun kunyit

Photobucket

Cara-Cara

1. Daging tetel dicuci bersih dan digaul bersama garam supaya cepat lembut.

2. Kemudian direbus dengan air yang banyak, jangan tambah air sewaktu daging sedang diatas api, ini akan menyebabkan daging tersebut menjadi keras. Bagi mencepatkan rebusan daging tersebut agar menjadi lembut masukkan halia.

3. Apabila daging telah lembut masukkan bahan-bahan kisar. Lengkuas dan serai diketuk.

4. Akhir sekali masukkan santan dan garam. Biarkan hingga mendidih baru lah diangkat.

*******************Photobucket******************


Thursday, July 23, 2009

.:.Ayam Padang.:.

Photobucket

Hari ini masak lauk ayam padang...dah lama benar tak masak lauk ni..sesekali okay lah juga makan
lauk yang bersantan....kalau selalu takut juga kan. Resipi ini dah lama Nur simpan..dah masuk dalam list. Resipi dari pelakun lama Rubiah Suparman.


Bahan-Bahan

1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit di siat siat


Photobucket


Cara Cara

1. Semua bahan dikisar halus.

2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.

5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.

6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^Photobucket^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Wednesday, July 22, 2009

.:.Rich Sugee Cake.:.

Alhamdulilah setelah hampir 2 hari baru lah sekarang ini Nur dapat update..gembira rasa nya. Nur masuk ke help centre dan ikuti apa perkembangan cerita yg menyebabkan tak boleh nak update....baru lah boleh, kalau duduk diam tunggu macam buah tak jatuh pula ya...mesti nak buat sesuatu.

Photobucket

Kek Sugee ini lain sedikit dari kek biasa kerana ia menggunakan tepung semolina. Nur pun baru pertama kali buat kek ini....rasa nya sedap cuma manis sedikit...mungkin boleh kurangkan gula bila lagi sekali membuat nya...apa-apa pun mengikut cita rasa masing-masing. Nampak nya anak-anak suka termasuk hubby...selalu nya dia amat cerewet kalau pasal kek, agak memilih sedikit...kali ini ok pula pada tekak dia.


Rich Sugee Cake - Resipi Asal Agnes Chang (Baking Made Easy)

Bahan-Bahan
220 gm butter dipotong dadu dan biarkan sebentar dalam suhu bilik
120 gm gula caster
3 sudu makan susu
100 gm tepung semolina (sugee)
3 biji telur dan 2 biji kuning telur
120 gm gula caster
2 sudu teh vanilla essence
80 gm tepung serba-guna
1 sudu teh baking powder
120 gm badam kisar
50 gm badam yang dicincang kasar
Photobucket
Cara-Cara
1. Pukul mentega bersama 120 gm gula caster dengan menggunakan medium high speed selama satu minit.

2. Biarkan ia berputar, masukkan susu perlahan-lahan, diikuti dengan tepung semolina.

3. Kacau hingga rata dan ketepikan selama satu jam untuk melembabkan tepung semolina tadi.

4. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius. Sapukan tin kek 7 inci (17.5 cm) dengan sedikit butter. Alaskan tin kek itu dengan kertas minyak.

5. Pukul 3 biji telur dan kuning telur hingga kembang. Masukkan 120 gm gula caster
sedikit-sedikit, gunakan medium high speed selama lima minit hingga warna nya menjadi pucat. Masukkan essence vanilla. Berhentikan mixer.

6.* Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan badam kisar dan badam cincang. Kacau rata dan ketepikan.

7. Masukkan setengah adunan telur kedalam adunan butter tadi. Kacau perlahan-lahan hingga rata. *Masukkan setengah pula adunan tepung kedalam adunan butter sambil dikaup balik. Ulang lagi cara ini hingga kesemua bahan menjadi satu tapi jangan kacau berlebihan. Kemudian, masukkan kedalam tin kek dan ratakan dengan menggunakan spatula supaya permukaan nya licin.

8. Bakar selama empat-puluh lima minit. Jika permukaan kek cepat menjadi gelap keluarkan dari oven setelah 35 minit, tutup atas tin kek dengan aluminium foil untuk elak dari hangus. Bakar sekali lagi hingga sepuluh minit atau sampai kek betul-betul masak.

********************Welcome********************

Thursday, July 16, 2009

.:.Nuggets.:.

Photobucket

Dulu semasa Nur update nugget ini di fotopage...ramai yang tertanya kenapa kah pelik benar nama nugget ini...sebenar nya bukan pelik nama nugget ini cuma dalam bahasa Jepun agak unik sedikit bagi kita yang mendengar nya....tapi bagi Nur kalau perkataan Kara-age memang dah tahu benar sebab Nur anak beranak memang suka pada makanan Jepun. Nur cilok resipi ini dari Website Japanese Cuisine.Photobucket


Tori No Kara-age ~ Nuggets

Bahan-Bahan

2 keping dada ayam yang telah dibuang kulit dan tulang, dipotong
mengikut saiz nugget.

Bahan untuk diperap

2 ulas bawang putih yg besar diparut
30 gm halia tua diparut
3 sudu makan kicap
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar

Bahan-Bahan untuk digoreng

2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
minyak sayur untuk mengoreng


Photobucket


Cara-Cara penyediaan

1. Di dalam mangkuk yang sederhana gaulkan kesemua bahan seperti
halia, bawang putih, kicap, garam dan lada hitam berserta ayam.

2. Ayam tadi diperap selama 30 minit.

3. Tepung yang tadi digaul rata.

4. Ambil sekeping ayam yg telah diperap dan dicelup kedalam tepung sehingga
rata kesemua nya. Panaskan minyak pada suhu 180C.

5. Goreng dalam minyak yang terendam selama 4 atau 5 minit.

6. Hiaskan kan dengan salad dan hirisan lemon.

***************** Photobucket *****************











Tuesday, July 14, 2009

.:.Kuih Kaswi.:.

Photobucket

Hari ini minum petang Nur buat kuih kaswi...dah lama juga tak buat kuih kaswi....bila tengok wajah kuih kaswi ni di blog kawan2 teringin pulak nak makan kuih kaswi....nasib baik kali ini habis, sebab anak anak kurang gemar kuih kaswi....mereka lebih suka onde-onde keledek....macam macam hal kan.Yok jemput makan....Photobucket


Bahan-Bahan

2 cawan gula timbang
4 1/2 atau 5 cawan air
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh kapur sirih
Kelapa putih secukup nya untuk di kukus.

Photobucket


Cara-Cara

1. Didihkan air, masukkan gula dan masak hingga gula hancur. Letakkan daun pandan.

2. Sejukkan air gula, bila telah sejuk ditapis.

3. Masukkan air gula ke dalam tepung dan dikacau rata.

4. Tapis beberapa kali sehingga tepung tidak bergentil.

5. Dibiarkan selama 1 1/2 jam.

6. Panaskan kukusan, siapkan loyang dan disapu dengan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat. Kukus dalam masa 45 minit atau sehingga masak.

7. Jika menggunakan acuan kecil anggaran mengukus dalam 20 minit saja.

8. Gaulkan dengan kelapa putih yang telah dikukus.
....................Photobucket....................




Thursday, July 9, 2009

.:.Tuna Burger.:.

Photobucket

Bila musim bulan puasa selalu Nur mesti simpan burger dalam peti ais sebab bila saur anak anak tak suka makan nasi, mereka lebih suka makan yang ringan saja sebagai alas perut....kalau Nur dan suami mesti cari nasi jadi bertenaga sedikit bila di sianghari....hehehe.....burger yang ini buat sendiri...rasa nya sedap...Nur lebih suka burger ikan dari daging....pelbagai macam kan selera ...berbeza dari setiap orang...apa-apa pun terpulang pada individu.

Bahan-Bahan ~ resipi Chef Wan

2 tin ikan tuna di tapis
2 sudu besar bawang yang telah di potong dadu
1 sudu besar hirisan daun pasli
110 gm serbuk roti
1 sudu besar mentega cair
1/2 sudu teh biji sawi kering
1/2 sudu teh garam
2 biji telur di pukul
secubit lada hitam yang baru di kisar
1/4 cawan mayonis
mentega untuk mengoreng
6 keping roti ban di belah dua
1 tangkai daun salad di siat kasar-kasar
4 biji tomato di hiris

Cara-Cara

1. Campurkan ikan tuna, bawang besar, daun pasli, serbuk roti, mentega cair, biji sawi, garam, telur, lada hitam dan mayonis.
2. Bulat bulatkan dan kemudian di leperkan dalam anggaran 4 cm.
3. Goreng dengan mentega sehingga kuning keemasan.
4. Angkat dan ketepikan, bubuh di antara belahan roti bersama daun
salad dan tomato.

Photobucket

*******************Photobucket*******************

Monday, July 6, 2009

.:roti sardin.:

Photobucket


Teringat ada sardin, lalu buat lah roti sardin...boleh buat minum petang bersama anak-anak yang bercuti hari ini....disini cuti sekolah sehari saja kerana hari ini ada lah hari belia....seronok kan gitu...boleh makan berdamai.Photobucket



Bahan-Bahan

1 tin sardin yang besar
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji limau kasturi
1 atau 2 sudu makan cili kisar mengikut citarasa
1 bantal roti gardenia
1 atau 2 biji telur dipukul sedikit

Cara-Cara

1. Keluarkan sardin dari sos nya, hancurkan sedikit sardin itu dengan menggunakan garpu.

2. Tumiskan bawang yang telah dipotong dadu itu.

3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga wangi.

4. Masukkan sardin dan gaul rata.

5. Perasakan dengan garam, akhir sekali matikan api dan perahkan air limau kasturi kedalam inti sardin itu. Gaul rata.

6. Biarkan inti sardin sejuk sedikit, sementara itu roti digelek nipis sehingga habis.

7. Ambil sedikit inti sardin, letakkan diatas roti dan gulung kemas roti itu.

8. Celupkan roti kedalam telur dan akhir sekali goreng roti itu.


***********Photobucket***********


Yang ini pula kad dari Mimi yang jauh dan juga award dari Kak Zai..terima kasih pada kedua- dua nya. Nur ingin berkongsi dengan pengunjung blog Nur...sudikan lah mengambil nya....jangan malu malu.

Photobucket
Dari Mimi


Photobucket

Dari Kak Zai

*************Photobucket**************

Friday, July 3, 2009

.:Soto Ayam.:

Photobucket

Soto ayam salah satu resipi yang menjadi kegemaran Nur dan anak-anak. Dulu semasa masih bekerja Nur gemar sekali makan soto ayam waktu lunch...sampai penjual nya bila nampak Nur datang aje dah jerit "Soto special" belum lagi order, dia dah pandai pandai order kan kita pulak....tapi memang betul Nur nak makan soto ayam....hehehehe...cili padi mesti lebih...sekarang cili padi tak boleh letak lebih2 nanti kena cari bilik kecik pula.Photobucket


Bahan-Bahan
1 ekor ayam yang sedang di potong kecil
air secukup nya
Garam
Secukup nasi himpit direbus

Bahan kisar
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 cm halia
5 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1/4 biji buah pala
1 camca teh lada sulah
5 biji buah keras
1 cm kunyit hidup

Photobucket

Cara-Cara
1. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan ayam digaul rata.
2. Tambahkan air mengikut cita rasa.
3. Biarkan ayam empuk, masukkan garam dan lada sulah.

Bahan sambal Soto
Beberapa cili padi di kisar
1/4 cawan kicap masin atau manis
1 camca teh gula jika suka

Bahan untuk dimakan bersama kuah soto
Nasi himpit di potong kecil
Taugeh dicelur
Bawang goreng

Cara-Cara
1. Nasi himpit diletakkan dalam mangkuk bersama taugeh yang telah dicelur.
2. Tambahkan dengan kuah soto yang telah masak tadi.
3. Taburkan dengan bawang goreng dan sedikit cili padi.

Nota:
Resipi asal tidak menumis bahan2 kisar hanya direbus bersama ayam tapi Nur tidak berapa suka, Nur suka tumis...nanti aroma nya akan naik dan bertambah sedap lagi....terpulang pada masing masing. Rempah ketumbar dan jintan selalu Nur lebihkan kerana suka kuah soto berempah sedikit.

********************Photobucket********************

Wednesday, July 1, 2009

.:Mee rebus.:

Photobucket

Hari ini makan mee rebus aje....senang dan ringkas...cepat dimasak sedap dimakan. Kalau Nur tak berapa suka jika kuah mee rebus terlalu pekat sangat...Nur suka yang cair sedikit tapi anak pula suka yang pekat pekat.....jadi mana satu nak ikut....terpaksa lah ikut kata hati anak....sabar aje lah kan.Photobucket

Bahan-Bahan
1 kg mee kuning
700 gm taugeh
4/5 biji telur rebus
2 keping tahu di potong kecil dan di goreng
6 biji limau kasturi
8 biji lada hijau
Bawang goreng secukup nya
Daun sup dan daun bawang
Udang geragau kering secukup nya.

Bahan kisar
400 gm keledek di rebus dan di kisar halus
4 sudu makan rempah kari
4 sudu makan tauco
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
1 ibujari lengkuas
2 inci halia
2 batang serai
Air secukup nya

Photobucket

Cara Cara
1. Panaskan minyak dalam periuk besar.
2. Tumiskan rempah kisar hingga wangi.
3. Masukkan udang geragau dan keledek.
4. Di tambah dengan air secukup nya.
5. Bila telah mendidih masukkan gula mengikut rasa.
6. Hiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, cili hijau, daun sup/daun bawang dan bawang goreng.

******************Photobucket******************