Dah beberapa hari tak dapat tenung PC....busy semacam....Bila dapat on PC tengok tengok Nur kena tag dengan Mimi....nasib baik senang sikit nak menjawab nya....kalau tak fenin kepala di buat nya. Dan yang lagi satu ini Nur nak gantung hadiah dari Mamatiara yang telah lama Nur simpan. Okay pada Mimi dan juga mamatiara...terima kasih banyak banyak kerana selalu ingat pada Nur disini. I lap both of u.

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Siti Aishah
ANDA SEORANG YANG :
Boleh di katakan peramah tapi kalau kena dengan orang yg peramah juga.
INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Mesti lah suami, ibubapa dan anak-anak.
LAGU KESUKAAN ANDA:
Sentimental….yang jiwang jiwang.
MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Suka lauk asam pedas tak tolak punya.
WARNA KESUKAAN ANDA :
Suka warna hijau…cemburu kata nya…tapi tidak pada ku.
SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Orang yang hipokrit….pantang datuk moyang ku.
TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
1. handphone…mesti ada…kalau tak susah nak contact family.
2. wallet.
3. tisu paket…mesti ada sebab nanti nak lap mulut bila makan.
KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
Ohh..memang suka menangis, dengar lagu sedih pun menangis…sekarang pun boleh nangis…buka aje lagu sedih mesti bercucuran air mata ikan duyung.Jadi tak ada lah kali terakhir nangis...sekarang juga boleh nangis.



makasih Siti Aisyah, he he sudi gantung card tu..lebiuu.
ReplyDeleteSy pun mudah nangis gak.baru ja semalam nangis sbb sedih nonton kisah ttg ayah tu. John Q kot tajuk dia.